::Bismillah::
Sedia maklum, negara kita Malaysia kaya dengan adat dan masakan yang berempah sekaligus menarik perhatian tetamu untuk hadir ke majlis.Namun begitu, semasa majlis berlangsung pelbagai ragam kita jumpai dan kita dengari lebih-lebih lagi semasa majlis kenduri kahwin. Pelbagai jenis 'puji-pujian' dan 'komen-komen' yang dilontar daripada bibir 'juri-juri pengantin yang bertauliah' yang kita dengari.
Oleh itu, junjungan Nabi Muhammad s.a.w telah meninggalkan petua kepada umatnya agar terhindar daripada perkara mazmumah yang boleh merosakkan amal kita dalam usaha untuk menggapai redha-Nya dan sorga-Nya!

*****
Pertama: Rasulullah menyuruh kita diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang
tidak sepatutnya. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah
berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah
dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”
Kedua: Rasulullah menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan
dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa
memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam
memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan
ketika berkomunikasi sesama kita.
Menurut sahabat Ibnu Umar, Rasulullah pernah berkata, “Janganlah
kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak
bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang
yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.” Rasulullah
pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimat zikir yang paling
disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk
diamalkan.
Kedua-dua kalimat itu adalah
‘subhanallah wa bihamdihi’ dan ‘subhanallah hil azim’ yang membawa maksud ‘Maha
suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan, ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Selain itu, dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca ‘subhanallah
wa bihamdihi’ sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh
Allah SWT meski pun sebanyak buih di lautan.
*****
"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."(ar-Ra'd, 13:28)
*****
Ketiga: Rasulullah mengajar agar kita sentiasa beristighfar untuk mengelakkan lidah
kita dari terus ‘rancak’ membicarakan perkara yang kita sendiri tidak ketahui
akan kesahihannya.
Istighfar bermaksud memohon keampunan dan kita digalakkan untuk
beristighfar sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, ‘Astaghfirullahazim’
disertakan ‘perasaan menyesal’ di dalam hati.
Rasulullah dalam amalan hariannya selalu beristighfar sebanyak 100 kali untuk mengelakkan keburukan dalam lidahnya.
Rasulullah dalam amalan hariannya selalu beristighfar sebanyak 100 kali untuk mengelakkan keburukan dalam lidahnya.
Harap petua ini dapat membantu anda dalam usaha untuk menggapai redha-Nya sekaligus menggapai sorga-Nya. Senyum.
-Sekian-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan