Badan Dakwah dan Ibadah (BADIB)
SMA Al-Khairiah, Temerloh

Khamis,ACC-Salah satu siri mesyuarat thinkhanker telah diadakan .Seperti mana biasa,semua ahli hadir bagi membincangkan tentang organisasi BADIB 2010 dengan lebih lanjut.Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh al-akh Malikul afdhal Muhammad Ikram Arham Ibnu Amran selaku Timbalan Pengerusi.Seterusnya perjalanan mesyuarat diteruskan oleh al-Akh Amirulkhairain Muhammad Asyraf Shaharuddin elkaraqi .Beliau telah memulakan perjalanan mesyuarat dengan menerangkan struktur asas yang telah dibincangkan dalam mesyuarat pertama.Al-Akh Ikram pula melakar ringkas struktur tersebut dalam paparan nyata di papan putih.Asyraf membuka ruangan cadangan kepada semua ahli untuk menambah baik struktur organisasi tersebut.Beliau juga turut meminta supaya setiap ahli memikirkan tentang perlaksanaan setiap lapisan oraganisasi dengan lebih berkesan.Struktur organisasai lapisan juga telah dijelaskan dengan lebih lanjut dalam mesyuarat tersebut.Alhamdulillah,para ahli memberikan kerjasama yang positif.Beberapa usul baru telah diutarakan dan dipersetujui oleh semua ahli.Dalam majlis tersebut,Sistem Syura dikuatkuasakan bagi menggantikan cara demokrasi.Ini bermakna,suara minoriti tetap diambil kira dalam setiap keputusan.Hamdallah,satu tarikh khusus unutk MUKTAMAR elKubra juga telah diputuskan.tarikh tersebut akan diumumkan beberapa hari lagi.Diharapkan pihak alumni bersedia dengan tarikh tersebut memandangkan kehadiran entiti(alumni) tersebut agak penting.Akhirkalam,syukrankepada semua ahli yang telah memberikan sokongan dalam mengemaskini struktur organisasi DAKWAH ISLMAIYYAH.Takbir finnafsik Abadan abada !!!




Menjadi pemimpin bukan mudah. Tapi zaman sekarang semua orang kemaruk untuk jadi pemimpin. Hayatilah kisah ini untuk menilai layakkah kita untuk meminta-minta jawatan pemimpin.

Dari hal keadilan, ketakwaan dan kemuliaan budi baginda Umar bin Abdul Aziz, tidaklah perlu lagi diterangkan panjang lebar. Kisahnya panjang lebar telah dikarang oleh ulama-ulama.

Sesungguhpun dia telah mencapai kedudukan yang semulia itu, belumlah dia kenyang dari petunjuk ulama dan pimpinan seorang yang arif.

Pada suatu hari berkirim suratlah baginda kepada ulama Tabi’in yang masyhur, Hasan Basri, bertanya kepada beliau dari hal sifat-sifat Imam (raja) yang adil. Maka telah menjawab Hasan Basri demikian bunyinya:

“Ketahuilah hai Amirul Mukminin, bahawasanya Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah menjadikan raja yang adil laksana tongkat tua yang teguh condong yang akan menauri, lemah yang akan membila. Dia menjadi tujuan dari segala orang yang ragu, memperbaiki segala yang rosak, menguatkan segala yang lemah, tempat mengadu bagi tiap-tiap yang teraniaya, tempat kembali dari tiap-tiap yang sengsara.”

“Imam yang adil ya Amirul Mukminin, ialah laksana seorang pengembala yang hati rahim kepada binatang pengembalaannya; dibawanya ke padang yang berumput subur, dijaganya jangan jatuh ke lurah yang curam, dijaganya dan dipeliharanya jangan ditangkap binatang buas, dipeliharanya jangan ditimpa dahaga dan kepanasan.”

“Imam yang adil ya Amirul Mukminin, laksana seorang ayah yang cinta akan anak-anaknya, diasuhnya semasa anak itu kecil, diajarnya setelah anak itu besar, dituntunnya di dalam mencari penghidupan, dikumpulkannya harta bersusah payah, untuk anaknya itu jika si ayah mati.”

“Imam yang adil ya Amirul Mukminin, laksana seorang ibu yang pengasih, dikandungnya anaknya dalam perutnya dengan susah payah, diasuhnya setelah anak itu lahir. Tidak tidur matanya malam, jika anaknya bangun, dia termenung jika dilihatnya anaknya duka, disusukannya; puas disusukan digendungnya. Mukanya berseri-seri jika si anak sihat, mukanya muram jika si anak sakit.”

“Imam yang adil ya Amirul Mukminin, ialah laksana seorang yang berdiri di antara Allah dengan hamba-Nya, didengarnya Maha Tuhan dengan tenang, setelah itu diterangkannya bagaimana wajah-Nya kepada mereka. Dibimbingnya tangan umat supaya sama-sama ke hadrat Rabbi, memohonkan kurnia-Nya.”

“Oleh sebab itu ya Amirul Mukminin, janganlah paduka sebagai budak yang dipercayakan oleh penghulunya kepadanya menyimpan hartanya dan memelihara kaum kerabatnya, lantas budak itu khianat akan amanat, dimusnahkannya harta benda itu dan disia-siakannya petaruh.”

“Kemudian itu ingatlah ya Amirul Mukminin akan maut dan apa yang akan kejadian sesudah mati. Ingatlah bahwa persedian paduka agaknya sedikit, orang yang akan menolong paduka tidak ada. Bersiaplah untuk menghadapi mati, dan untuk menghadapi zaman sesudah mati.”

“Ketahuilah pula ya Amirul Mukminin, bahawa paduka akan tinggal dalam sebuah rumah yang tidak serupa dengan rumah yang paduka diami sekarang. Lama sekali paduka akan mengeluh di sana, dan tidaklah seorang juga yang akan menemuinya, hanya tinggal seorang diri dalam kesunyian."

"Oleh sebab itu berkemaslah dari sekarang dan bersiaplah. Kerana perkemasan dan persiapan yang disediakan lebih dahulu, itulah hanya yang akan menolong di sana kelak, iaitu pada waktu lari padanya manusia daripada saudaranya dan ibunya daripada ayahnya dan isterinya, daripada anaknya sekalipun.”



“Ingatlah ya Amirul Mukminin, ingatlah dengan hati-hati, akan suatu masa kelak yang akan dibongkar segala isi kubur, akan dikupas segala isi dada, segala rahsia pada hari itu akan terbuka. Semuanya tertulis dalam kitab, baik besar mahupun kecil semuanya dihitung.”

“Maka sekarang ya Amirul Mukminin, ingatlah dengan saksama, sebelum ajal sampai janji mendatang, sebelum hukum putus angan berhenti:

Jangan paduka menghukum atas hamba Allah dengan kebodohan, jangan paduka bawa mereka ke jalan aniaya, jangan diangkat orang-orang yang takbur menjadi pegawai, memerintah orang yang lemah. Sebab mereka menjatuhkan perintah dengan sesuka hati dan semahu-mahunya saja. Kelak padukalah yang akan menanggungjawab atas dosa mereka, dan yang bertali dengan itu, dikumpulkan dengan dosa paduka sendiri.

Janganlah paduka terpedaya oleh tipuan orang-orang yang menelah nikmat kesusahan paduka. Mereka makan segala yang enak-enak di dunia, supaya paduka menelan segala kesusahan di akhirat.

Jangan paduka berbesar hati lantaran mempunyai kekuatan pada diri ini, tetapi fikirkanlah kekuatan untuk dari jiwa yang akan dicabut, pada waktu mana seluruh badan paduka diikat oleh rantai kematian, atau berdiri di hadapan Allah, dikelilingi oleh sekalian Malaikat. Nabi-nabi dan Rasul-rasul. Pada waktu mana seluruh wajah makhluk, menghadap kepada Yang Hidup dan Yang Kekal!”

“Adapun patik sendiri ya Amiru Mukminin, meskipun nasihat patik ini tidak sebagus nasihat-nasihat orang-orang yang lebih muda daripada patik pada zaman dahulu, namun patik amat cinta kepada tuanku dan amat ikhlas. Oleh sebab itu pandanglah isi surat patik ini, laksana ubat yang diberikan oleh seorang kecintaan kepada kecintaannya yang sakit. Meskipun agaknya pahit, moga-moga di dalam kepahitan itu ada tersimpan kesihatan dan afiat.”


Dipetik dari Lembaga Hikmat, karya Hamka

credit to YB Zinnirah for her valued contribution


Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.

Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan pada kemudian hari.

Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali.

Kewujudan website dakwah2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

Assalamualaikum

Entri Blog Alumni yang terpilih unutk seterusnya adalah menGEnai Bidadari


klik link di bawah untuk pembacaan lanjut:

al-Ukht Mutmainnah

kepada semua blogger al-khairiah..teruskan usaha anutm semua dengan entri-entri yang membina ummah !!!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

"The Excution Of The Order 66"

Perhatian kepada semua Exco bagi lajnah yang berikut:

  1. Usrah
  2. Tamrin
  3. Ekonomi
  4. Musolla
  5. Penerbitan Dan Publisiti
  6. Tarbiyyah

Antum semua diarahkan untuk menyiapkan laporan penggal akhir bagi sesi 2008/2009.Perhatian kepada yang mendapat pemberitahuan ini,tolong sampaikan kepada mereka yang telah DITAKLIFKAN !

Laporan WAJIB diserahkan kepada Setiausaha Agung,al-Akh Arif Muizuddin Lazli sebelum 30 September 2009

Semoga kalian dipermudahkan dan dirahmati oleh Allah Ajja wa Jalla,sesungguhnya tidaklah kalian hidup melainkan untuk Islam,dan tiada usahalah kalian melainkan untuk PERJUANGAN di jalan ALLAH !

Siru fiabilillah!!

"Maju Bersama Islam"

Takbir finnafsik !!!



Yang menjalankan tugas,

AmirulKhairian Muhammad Asyraf Shaharuddin elkaraqi
Presiden 2009

Assalamualaikum

Sila Layari blog Timbalan Exco Usrah untuk membaca entri tersebut:

zinnirah08


Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman

Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra” iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.
Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat

Tahukah anda, terdapat sebuah kisah menarik mengenai dua pemuda remaja Ansar yang mengikuti peperangan Badar?. Mereka adalah Muaz bin Afra' dan Auf bin Afra'.
Peperangan Badar diawali adu laga satu lawan satu di antara pembela Islam dan non Islam dari suku Quraisy Mekkah. Sementara Utbah bin Rabi'ah (panglima dan pembesar non islam) menantang untuk adu kelahi, mereka berdua turut keluar bersama Abdullah bin Rawahah.Ketika dalam peperangan Badar itu, Abdul Rahman bin Auf berada bersama dua pemuda tanggung Ansar tersebut.Di dalam hatinya (Abdul Rahman), dia mengharapkan orang yang berada di kiri dan kanannya adalah orang yang lebih dewasa dan lebih berpengalaman dalam peperangan. Namun, sebuah peristiwa telah twerjadi justru mengubah pikirannya.Salah seorang dari pemuda Ansar tersebut datang membisikkan sesuatu pada Abdul Rahman supaya tidak didengar pemuda yang kedua.

Katanya "Wahai bapak, apakah kenal Abu Jahal? Aku dengar dia adalah orang yang paling banyak menyakiti Rasulullah SAW. Tunjukkan dia padaku. Aku ingin membunuhnya."

Begitulah kemarahan pemuda tersebut kepada orang yang telah banyak menyakiti Rasulullah yang dikasihinya.Abdul Rahman bin Auf terkejut dengan pertanyaan tersebut dan dia berjanji untuk menunjukkan Abu Jahal kepadanya.Setelah itu, pemuda kedua juga menanyakan masalah yang sama pada Abdul Rahman bin Auf. Pada saat itu, Abdul Rahman bin Auf merasa lebih tenang berada di tengah-tengah pemuda tersebut.Sementara Abu Jahal dikawal ketat oleh orang-orangnya. Abdul Rahman merealisir janjinya dengan menunjukkan kepada dua remaja tersebut yang mana Abu Jahal.Belum sempat Abdul Rahman menghabiskan bicaranya, kedua remaja itu melompat menuju ke posisi Abu Jahal.Mereka mendombrak barisan tentera non Islam suku Quraisy sambil menebas kiri dan kanan dengan pedang mereka. Akhirnya, mereka berhasil sampai ke hadapan Abu Jahal dan memukul Abu Jahal dengan pedang mereka sehingga Abu Jahal jatuh.Semua orang tidak menyangka tindakan kedua remaja tersebut. Abu Jahal telah cedera parah namun masih bernyawa.Auf bin Afra', yaitu salah seorang pemuda tersebut berada di tengah tentera non Islam dan mati syahid dibunuh oleh Ikrimah yaitu anak Abu Jahal yang berada dekat dengan ayahnya.Sementara, Muaz bin Afra' sempat mundur tetapi malang, tangannya terpotong dan masih tergantung di badan. Dia membalut tangannya itu dan terus berperang.

 Namun, tangannya itu menganggu pergerakannya.Lantas, dia memijak tangannya itu dengan kaki dan memutuskannya agar lebih mudah bergerak. Dia terus berperang dan akhirnya syahid dalam peperangan Badar.Begitutlah hebatnya iman dua pemuda remaja tersebut. Walaupun masih belasan tahun, namun telah memainkan peranan begitu penting di dalam peperangan menegakkan Islam.Berapakah umur anda sekarang? Apakah sumbangan anda pada Islam?Jika pemuda Ansar tersebut begitu sibuk menyebarkan Islam, apa yang bisa dilakukan oleh pemuda remaja zaman sekarang?Masih lagikah ingin berfoya-foya dan bersenang-senang?

Assalamualaikum

Badan Dakwah Dan Ibadah Dan Ibadah amat memerlukan bantuan alumni untuk menyumbang idea,cadangan atau pendapat untuk diadaptasikan dalam qiadah Khairiah.Jadi,amatlah diharapan agar setiap seorang daripada antum dapat menyumbang unutk kemakmuran Al-Khairiah.

Semoga kerjasama antum semua dapat meningkatkan prestasi semasa Badan Dakwah dan mendapat khairul jazak dari Allah ar-Rahman ar-Rahim.


"Ke Arah Mencapai Piawaian Biah:Solehah 1430"

Assalamualaikum
2.30 Petang
Kelas 5 Ibnu Sina

Liqa pertama bgi ThinkThanker Al-Khairiah telah diadakan .Alahamdulillah semua ahli yang dilantik diizinkan Allah untuk hadir ke musyawarah.Liqa tersebut telah dipengerusrikan oleh al-Akh Arif Muizuddin Bin Lazli…diiringi oleh bacaan doa yang dibaca oleh beliau sendiri.Seterusnya,Presiden 2009 merangkap Pengerusi thinkThanker telah meneruskan perjalanan mesyuarat dengan menerangkan tentang kajian beliau menegnai struktur organisasi Majlis Perwakilan Pelajar di Darul Quran.Seterusnya beliau melakar ringkas struktur yang tela dirumuskan dari hasil kajian tersebut.Semua ahli bersetuju dengan cadangan tersebut.Cadangan tersebut akan dirujuk kepada Guru Penasihat bagi meluluskan struktur asas trsebut.Seterusnya beliau menerangkan tentang biro-biro yang perlu ada dalam setiap lapisan organisasi samada induk atau bayangan.Sistem Ahli yang merupakan modul Negara Kenya dan Rodhesia Utara drujuk bagi melatih pimpinan bari Badan Dakwah Dan Ibadah SMA al-Khairiah.Perjalanan mesyuarat diteruskan dengan slot tazkirah yang turut disampaikan oleh Presiden.Beliau juga turut menjelaskan tentang kepentingan alumni dan Kertas Kerja 5 tahun yang dalam proses untuk disiapkan.

Nama-nama ahli ThinkThanker:

1. Amirulkhairain Muhammad Asyraf Ibnu Saharuddin elkaraqi
2. Malikul Afdhal Muhammad Ikram Arham Ibnu Amran
3. Syeikh Maher Wan Amirul Syafiq Wan Mazlan
4. Ahmad Syakirin Ibnu Muhammad Adib
5. Amirulkhairain Tahmiduddin Ibnu Kamalol Ahsan
6. ZawilQalam Arif Muizuddin Ibnu Lazli
7. al-Ukh Abdul Qaiyum Ibnu Zainol Ariffin
8. al-Ukht Nur Khalilah Ishak
9. al-Ukht Maratul Husna Roslan
10. al-Ukht Khairun Nisya Shaharum
11. al-Ukht Ummu HIdayah Hasnaa Makhodir
12. al-Ukht Fatiimah Afifah Abdul Warith
13. al-Ukht Siti Khairani Kamaruddin


Semoga usaha setiap daripada ntum semua mendapat tilikan Allah SWT.Hazzan Saiedan.

17hb Ramadhan juga dikatakan HARI TURUNNYA AL-QURAN atau disebut NUZUL AL-QURAN. Secara umumnya: Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw. Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.
Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan. Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: “…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan ,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…” (AlQuran Surah 8 : ayat 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.
Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut).
“Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…” (AlQuran Surah 8 : ayat 41).
Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 24 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah.
Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam “Lailatul Qadar” sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di “Baitul Izzah” di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun. Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-’Alaq.
Nuzul Al-Quran
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)
Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Know us

BADAN DAKWAH DAN IBADAH (BADIB) SMA AL-KHAIRIAH,TEMERLOH PAHANG

Our Team

Contact us

Nama

E-mel *

Mesej *