Badan Dakwah dan Ibadah (BADIB)
SMA Al-Khairiah, Temerloh

Sebab-Sebab Jepun Mencapai Kemajuan

Assalamualaikum.

~Sekadar perkongsian bersama ~

10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan:

-Kredit Kpd Hj Khairol Amin Mohd Salleh yg menterjemah catatan ini, Jazahullahu Khaira:

1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.





Semoga apa yg disampaikan, boleh memberi pengajaran kepada kita semua~

Sepatutnya kita sebagai orang Islam lebih maju daripada mereka yg tak Islam. 
Kesyumulan Islam itu perlulah dipraktikkan dalam segala aspek kehidupan kita sebagai seorang muslim. Kita sudah ada agama yg satu-satunya yg diredhai Allah. Kita sudah ada syariat Islam yg membawa kebaikan dan kita juga sudah ada amalan-amalan yg membawa kepada pembentukkan pribadi yg mulia dan sahsiah yg terpuji seperti bersolat pada waktunya, menepati janji dan tidak menyakiti hati orang lain.
Masalah yg timbul dikalangan orang Islam berpunca dari sikap orang Islam itu sendiri yg tidak mahu mengikut cara Islam. Jangan ambil Islam separuh-separuh sahaja. 1) ambil yg kita suka, 2) tak ambil yg kita tak suka.
Seperti kata Ustaz Azhar Idrus :



Jadi apabila orang bukan Islam ikut cara Islam , kita sendiri dapat lihat hasilnya. Negara menjadi maju, pemimpin berwibawa dan rakyat yg berdisplin . 


Perkongsian sudah sampai ke penghujungnya.
Harap kita semua dapat MEMAJUKAN ISLAM DI MUKA BUMI ALLAH ini. aamiiin. :)

Assalamualaikum...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Know us

BADAN DAKWAH DAN IBADAH (BADIB) SMA AL-KHAIRIAH,TEMERLOH PAHANG

Our Team

Contact us

Nama

E-mel *

Mesej *