Badan Dakwah dan Ibadah (BADIB)
SMA Al-Khairiah, Temerloh

Progaram Latihan Pemimpin Islam (PELAPIS) 2014

ASSALAMUALAIKUM  W.B.T antum dan antunna semua , semoga semuanya berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya. 
Alhamdulilah, bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat kita merasai 2 nikmat terbesar iaitu Nikmat Iman dan Islam .Alhamdulilah. 

Baiklah, kita berbalik kepada topik diatas, berkaitan dengan PELAPIS yg baru sahaja selesai diadakan
pada 28 Febuari - 3 Mac 2014. Alhamdulilah. Untuk pengetahuan semua, program ini telah dianjurkan oleh Badib dengan kerjasama Alumni Sma al -Khairiah.
Ingin kami kongsikan juga tema pergram PELAPIS 2014:

 "DAKWAH TERAS KEGEMILANGAN KEPIMPINAN "    


Kita boleh lihat sendiri, bahawa ini satu tema @ slogan yg amat menarik dan wajar dipraktikkan oleh semua kepimpinan BADIB termasuklah Majlis tertinggi (MT), Exco & Timbalan Exco serta AJK untuk menggerakkan dan menyebarkan dakwah khususnya di bumi khariah ini. Insya-Allah ~


Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yg terlibat dalam menjayakan proram ini. Tidak kita lupakan juga kepada semua fasilatator2 dari kalangan alumni Sma al-Khairiah yg mana dipantau oleh PERMAI.                  

Alhamdulilah, kami juga dapat banyak pengalaman yg menarik dan ilmu baru dari proram ini antaranya :
  • Memahami Skop Kerja bagi setiap biro 100 %
  • Cara-cara berkomunikasi dengan berkesan ( pengucapan awam) melalui TAZLIM (tazkirah 5 minit)
  • Cara-cara membuat kertas kerja dan surat-surat 
  • Memantapkan kekuatan fizikal dan rohani melalui Riadah,Night Walk,Qiamulail dan bacaan Matsurat
  • Menjaga ikhtilat dalam Badan Dakwah
  • Pengurusan yg sistematik
  • Mengeratkan ukhwah (Makan & Solat berjemaah)
  • Cara mengendalikan mesyuarat
  • Menukar setiap Treat@ ancaman kepada Oppotunity @peluang (SWOT) 
  • Menukar setiap Weakness @kelemahan kepada Strengh @ kekuatan (SWOT)
  • Apa itu Usrah dan cara mengendalikan Usrah
  • dan banyak lagi. (rugilah siapa yg tak pergi tu )
Insya-Allah, apa yg telah kami dipelajari akan digunakan dengan sebaik mungkin .
Daripada KESEDARAN timbulnya TINDAKAN. 
Pelbagai program telah dirancang dan dirangka serta akan dilaksankan pada waktu yg terdekat nanti.   Insya-Allah.
Apapun, kita hanya mampu merancang, Allah yg menentukan. Rancangan Allah mengatasi rancangan kita.
Doakanlah kejayaan kami  .

Pada majlis penutupan pula, wakil alumni ( Ukhti Husna) telah menyampaikan 10 Amanat yg perlu diberi perhatian oleh semua pendakwah atau pemimpin sesuatu organisasi dakwah. Jikalalau tulis semua amanat tersebut, panjanglah entri kali ini. So, bagi menjimatkan masa antum membaca dan tenaga kami menulis ..... 
5 AMANAT sahaja akan ditulis :
  1. KEPIMPINAN MESTI MELALUI TARBIYAH. -boleh marasai manisnya DAKWAH
  2. JADIAKN SKOP DAKWAH LUAS MELALUI PELBAGAI CARA.- media sosial, keychain dakwah dan sebagainya
  3. BERDISIPLIN DAN PERSONALITI YG MENARIK - datanga awal, menunjukkan contoh yg baik
  4. MENGUTIP PENGALAMAN YG 'DISEDIAKAN' - sewaktu memegang jawatan 
  5. JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH. - buat sesuatu amalan secara berterusan seperti :-Istiqomah solat tahajud walaupun 2 rakaat (saranan Dr MAZA), Istiqomah baca Matsurat (saranan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man), Istiqomah Solat Dhuha / Baca al-Quran nur karem                             
~Renung-renungkanlah dan selamat beramal~

Sehubungan itu, kami akan selitkan beberapa keping gambar yg telah ditangkap semasa program berlansung.




KEPIMPINAN BADIB 2014
Cukuplah sekadar itu. 

DAKWAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA. JOM BERDAKWAH !
Assalamualaikum . ^_^ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Know us

BADAN DAKWAH DAN IBADAH (BADIB) SMA AL-KHAIRIAH,TEMERLOH PAHANG

Our Team

Contact us

Nama

E-mel *

Mesej *