Badan Dakwah dan Ibadah (BADIB)
SMA Al-Khairiah, Temerloh

Iftar Jamaie

Assalamualaikum w.b.t

Syukur alhamdulillah kehadrat Ilahi kerana masih mengurniakan umur kepada kita untuk bernafas pada hari ini dan menempuhi bulan yang mulia ini,Ramadhan Kareem. Dalam kemeriahan menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini,pihak kami tidak ketinggalan untuk menganjurkan Ifatar Jamaie. Pihak kami telah mengadakan Iftar pada Isnin yang lalu bersamaan 15 Julai 2013/ 6 Ramadhan 1434 H. Program ini merupakan program di bawah penyeliaan Biro Tamrin yang diketuai oleh Saudara Muhammad Ismail dan dibantu oleh Saudari Rahimah dan AJK lain. Namun begitu,pada hari tersebut,Pengarah Program tidak dapat bersama kami kerana urusan peribadi dan tugas Pengarah telah digalas dengan sempurna oleh Saudara Lukman. Iftar pada kali ini yang membawa misi dan visi 'Mencari Mardhotillah' telah menjemput beberapa tetamu khas seperti Imam Muda Nuri dan Ustaz Syukri Shuib. Program bermula pada pukul 5.00 petang dan dimulai dengan bacaan Surah Yassin yang diketuai oleh Saudara Muhd Nor Asyraf.Seterusnya, majlis telah menjemput Ustaz Syukri untuk memberi tazkirah sebelum masuknya waktu berbuka puasa. Setelah berbuka, semua hadirin berkumpul di Dewan Sufi untuk menunaikan solat berjemaah. Solat tarawih telah diimamkan oleh Imam Muda Nuri dan beliau telah menyampaikan sedikit tazkirah yang sangat menakjubkan >.< Tanpa memanjangkan kata-kata,seperti biasa,jom tengok suasana ketika program tersebut dijalankan!




Bacaan Surah Yassin yang diketuai oleh Saudara Asyraf


Taraa~ ini lah Asyraf


Yang ini Ustaz Syukri


Ketibaan warden Aspuri


Saudari Rahimah menyiapakan hidangan




Imam Muda Nuri




Para petugas :)






 Sampai disini sahaja entri untuk hari ini,Assalamualaikum :)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Know us

BADAN DAKWAH DAN IBADAH (BADIB) SMA AL-KHAIRIAH,TEMERLOH PAHANG

Our Team

Contact us

Nama

E-mel *

Mesej *