Badan Dakwah dan Ibadah (BADIB)
SMA Al-Khairiah, Temerloh

Sepetang Bersama Ustaz


Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih kerana masih setia menunggu post terbaru daripada kami yang tidak kurang sibuknya dengan persiapan peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ini. Tidak lupa,baru-baru ini pihak kami tidak ketinggalan untuk menganjurkan sebuah kuliyyah yang bertemakan Isra' Mikraj.Alhamdulillah,syukur kehadrat Ilahi,kerana dengan izin-Nya kami dapat mengadakan kuliyyah ini seperti yg telah dirancang sebelum ini. Kuliyyah ini dianjurkan dan disertai oleh AJK dan MT BADIB. Program ini telah diadakan di Surau Al-Hidayah bermula pada pukul 3.00 petang - 5.15 petang. Penceramah luar telah di undang,dan beliau ialah Ustaz Syukri b. Shuaib yang sangat dikenali di daerah Temerloh. Tujuan kuliyyah ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada AJK BADIB akan pentingnya menjalankan amar ma'ruf nahi munkar dalam kalangan pelajar. Selain itu,kuliyyah ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama AJK BADIB dan Ustaz tersebut. Program ini juga untuk menambah ilmu baru kepada AJK BADIB. Disini sedikit perkongsian gambar dapat kami jamukan.



Ustaz Syukri dengan gayanya yg tersendiri



Saudara Ismail yg memberi rumusan dgn panjang lebar







Encik MC yang hensem kita, Saudara Lukman



Penyampaian hadiah kepada para 'yang bercakap'


Sedikit sumbangan dari pihak BADIB kpd penceramah



'Alhamdulillah,selesai untuk hari ini'



Kenangan 'Sepetang Bersama Ustaz'

Sekian sahaja dari pihak kami,terima kasih kerana sudi menjenguk kami.Nantikan post terbaru kami di hari yg akan datang. Sebarang komen,sila komen diruangan komen. Assalamualaikum = )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Know us

BADAN DAKWAH DAN IBADAH (BADIB) SMA AL-KHAIRIAH,TEMERLOH PAHANG

Our Team

Contact us

Nama

E-mel *

Mesej *