Badan Dakwah dan Ibadah (BADIB)
SMA Al-Khairiah, Temerloh

Perasmian MIPOD 2013 & Pelancaran Bilik Badib

:: Assalamualaikum..

Alhamdulillah,setelah lama menyepi dapat lagi pihak kami meng'update' blog kami yang mulai bersawang mungkin.Untuk pengetahuan ramai baru-baru ini Badan Dakwah dan Ibadah SMA Al-Khairiah 2013 dengan jayanya telah mengadakan Perasmian MIPOD 2013 & Pelancaran Bilik Badib pada 4 Mac 2013 bersamaan hari Isnin.Mungkin ramai yg  tertanya tanya,apa itu MIPOD? MIPOD adalah Minggu Pengenalan Organisasi Dakwah. Bagi visi Badib 2013, kami telah mengekalkan visi kami seperti tahun lepas yakni ' Islam Transformasi Al-Khairiah'.

MIPOD berlangsung selama 2 minggu bermula dari 4 Mac sehingga 15 Mac 2013. Antara aktiviti yg akan dijalankan sepanjang MIPOD,jualan di Bilik Badib,Kuiz,Tazkirah & Tanyalah Ustaz,Explorace, Pertandingan Poster dan Teka Silangkata serta Malam Tayangan. Dibawah ini merupakan tentatif program seperti yg telah ditetapkan

Isnin (4 Mac 2013)

-Ucapan alu-aluan guru penasihat
-Perasmian MIPOD dan Bilik BADIB
- Pengenalan MT

Selasa ( 5 MAc 2013 )

- Tazkirah dan menjawab soalan kotak 'Tanyalah Ustaz"

Rabu (6 Mac 2013)
- Pengumuman Pertandingan Poster,Kuiz dan Teka Silangkata

Khamis ( 7 Mac 2013)

-Tazkirah dan menjawab pertanyaan soalan "Tanyalah Ustaz"

Jumaat ( 8 Mac 2013)

-Malam Tayangan dan Jualan

Isnin ( 11 Mac 2013 )

- Tazkirah dan "Tanyalah Ustaz"

Selasa ( 12 Mac 2013 )

- Explorace Muslimat

Rabu ( 13 Mac 2013 )

- Explorace Muslimin

Khamis ( 14 Mac 2013 )

- Tazkirah dan "Tanyalah Ustaz"

Jumaat ( 15 Mac 2013 )

-Majlis Penutup
-Penyampaian Hadiah


Seterusnya,pelancaran Bilik Badib adalah bertujuan untuk memberitahu 'kewujudan' bilik tersebut kepada warga Al-Khairiah.Ternyata bilik tersebut tidak diketahui umum.

Disini pihak kami ingin berkongsi serba sedikit gambar yg sempat ditangkap oleh lensa kamera kami. Sekian,mohon maaf atas segala kekurangan ^_^




Ustaz Badrul Hisyam menyampaikan sedikit ucapan alu-aluan dan antara guru penasihat BADIB


Pelajar-pelajar SMA Al-Khairiah

2 ulasan:

  1. Heee~ Satu milestone dah korang lepas, Jangan putus asa eh?

    In TanshuruLLAH Yansurkum!

    BalasPadam
  2. Heee~ Satu milestone dah korang lepas, Jangan putus asa eh?

    In TanshuruLLAH Yansurkum!

    BalasPadam

Know us

BADAN DAKWAH DAN IBADAH (BADIB) SMA AL-KHAIRIAH,TEMERLOH PAHANG

Our Team

Contact us

Nama

E-mel *

Mesej *