
BIRO TAMRIN DAN KEGIATAN LUAR
BADAN DAKWAH DAN IBADAH 2009
PENGENALAN
Setiap insan diciptakan oleh Allah S.W.T sebagai seorang hamba dan seorang khalifah.Manusia diberi tanggungjawab untuk mentadbir bumi Allah dan menjadi pemimpin.Bagi melahirkan pemimpin yang berkaliber,tamrin dan tarbiyyah yang berkesan dan berterusan perlu dibentuk sejak di zaman remaja lagi terutamanya alam persekolahan.Sejarah Islam membuktikan remaja yang dididik dengan nilai-nilai Islam menjadi pemimpin yang agung di masa hadapan.
Organisasi Badan Dakwah dan Ibadah Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh telah mewujudkan sebuah biro bagi tujuan murni ini.Biro tersebut dikenali sebagai Biro Tamrin dan Kegiatan Luar.Fokus biro ini ialah melatih barisan Exco dan AJK Badib menjadi lebih professional ketika menjalankan tugas-tugas dakwah di sekolah dan luar.
SASARAN
Barisan pimpinan BADIB 2009 (Majlis Tertinggi,Exco dan AJK)
LAPORAN TAHUNAN
Rujuk Lampiran 1
PERANCANGAN
Rujuk Lampiran 2
Lampiran 1
LAPORAN TAHUNAN BIRO TAMRIN 2009
BIL | TARIKH, TEMPAT | AKTIVITI | FOKUS | EX-OFFICIO |
1 | 15 JAN 2009 BILIK MEDIA | MESYUARAT | Membincangkan organisasi dan tentatif untuk PELAPIS | - |
2 | 23-24 JAN SMA AL-KHAIRIAH | PELAPIS | Melatih setiap exco dan AJK BADIB menjadi seorang daie yang berinovasi dan sebagai model peribadi muslim | MANTAN KHAIRIAH DAN U.ALI B. DASIR |
3 | 13 FEB 2009 MUSOLLA | KULIAH AD-DINI 1 | Pengisian mengenai ‘Amal’ sebagai seorang daie | U. SITI KHADIJAH BT.BAKRI |
4 | 27 MAC 2009 MUSOLLA | KULIAH AD-DINI 2 | Pengisian mengenai ‘Manhaj Tarbiyah’ yang harus dipraktikkan dalam kehidupan seharian | U. SITI KHADIJAH BT.BAKRI |
5 | 6 MEI 2009 BILIK MEDIA | TAYANGAN | Pengisian mengenai ‘Peristiwa yang menunjukkan Hari Qiamat Sudah Hampir’ dan ‘Ta’rif Cinta’ oleh Tuan Guru Hj. Nik Abd Aziz | - |
6 | 23 JULAI 2009 PERPUSTAKAAN | KULIAH AD-DINI 3 | Motivasi buat penerus perjuangan Rasulullah dan ulama’ silam | U. NUR HANISAH BT AFANDI |
7 | 30 JULAI 2009 KELAS 4 IBNU SINA | KULIAH AD-DINI 4 | Pengisian mengenai ‘Perjuangan dan kejayaan exco & AJK BADIB yang berada di IPTA/IPTS atau lain-lain’ | U. NUR HANISAH BT AFANDI |
8 | 6 OGOS 2009 KELAS 4 IBNU SINA | PLAN | Perancangan 5 tahun akan datang yang perlu difikirkan oleh Think Thanker | U. NUR HANISAH BT AFANDI |
9 | 17 SEPTEMBER 2009 BILIK BADIB | KULIAH AD-DINI KHAS | Latihan kemahiran mengenai penggunaan Microsoft Publisher untuk pembuatan majalah. | - |
Lampiran 2
PLAN PROGRAM SETERUSNYA
BIL | AKTIVITI | OBJEKTIF | SASARAN |
1 | TEAM BINA INSAN | Muhasabah diri sebagai hamba yang dhoif | Semua Exco & AJK BADIB, warga al-Khairiah |
2 | HARI KELUARGA BADIB | Mengeratkan silaturahim antara guru penasihat, exco dan AJK BADIB | Semua Exco & AJK BADIB |
3 | QIYAMULLAIL | Mempraktikkan amalan sunnah | Semua Exco & AJK BADIB, warga al-Khairiah |
4 | IFTAR RAMADHAN | Menghayati bulan Ramadhan | Semua Exco & AJK BADIB |
5 | RISALAH TAMRIN | Tazkirah dan cambahan ilmu | Semua Exco & AJK BADIB |
6 | FASTING IS SUNNAH | Mempraktikkan amalan sunnah | Semua Exco & AJK BADIB, warga al-Khairiah |
7 | JAMUAN WIDA’ | Mahabbah | Semua Exco & AJK BADIB |
HARAPAN
Biro Tamrin dan Kegiatan Luar tahun ini berharap para pemimpin BADIB sudah bersedia untuk meneruskan usaha-usaha dakwah di peringkat yang lebih tinggi dan berterusan megamalkan amalan-amalan sunnah dalam kehidupan seharian.
Akhir sekali,diharapkan Biro Tamrin dan Kegiatan Luar pada tahun hadapan dapat meningkatkan prestasi kerja yang lebih cemerlang demi masa depan Islam yang gemilang.Segala kebaikan datang daripada Allah S.W.T dan segala kelemahan datang daripada Allah S.W.T tetapi disandarkan kepada diri kami sendiri.Sekian,terima kasih.
MAJU BERSAMA ISLAM
Yang menjalankan amanah,
………………………………………..
(AHMAD SYAKIRIN BIN MUHAMMAD ADIB)
Exco Biro Tamrin dan Kegiatan Luar
Badan Dakwah dan Ibadah
SMA Al-Khairiah Temerloh
………………………………………..
(KHAIRUN NISYA BT HJ SHAHARUM)
Timbalan Exco Biro Tamrin dan Kegiatan Luar
Badan Dakwah dan Ibadah
SMA Al-Khairiah Temerloh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan