Badan Dakwah dan Ibadah (BADIB)
SMA Al-Khairiah, Temerloh

Disunting daripada:

mikroskophati.blogspot.com The newsletter of Tamhidi Medicine and Dentistry 2010/2011


Assalamualaikum
Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Junjungan tercinta Nabi Muhammad S.A.W.

Segala puji bagi Allah di atas segala yang kita perolehi hari ini, sekalung TAHNIAH juga kepada semua sahabat-sahabat yang berjaya dengan cita masing-masing untuk bergelar seorang doktor. Pasti sibuk bukan? Masa yang terhad dengan kerja dan tugasan yang banyak. As-Syahid Imam Hassan al-Banna pernah berkata ‘al-wajibat aksaru minal auqot’ yang bermaksud kerja dan kewajipan itu lebih banyak daripada masa-masa yang kita ada. Kesibukan ini juga mungkin membuat kita tersasar sedikit daripada beberapa perkara yang perlu kita ambil cakna:-

1.Kita adalah ABDULLAH
Firman Allah :

“ Dan tidaklah aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembahku” Az-Zariyat : 56
Semua pasti maklum mengenai ayat ini. Ya, kita adalah hamba, dan inilah status manusia sejak dari Nabi Adam sehingga manusia terakhir yang bisa hidup. Namun, kita bukanlah hamba biasa, kita adalah MANUSIA, dibekalkan dengan nafsu dan fikiran. Nafsu membezakan kita dengan malaikat, fikiran pula membezakan kita dengan haiwan. Anugerah ini meletakkan kita satu amanah besar menjadi khalifah di muka Bumi ini. Maka bertuahlah bagi mereka yang memilih untuk menyucikan hati mereka kerana dengan ini mereka sentiasa merasai jiwa seorang hamba.

Nafsu membezakan kita dengan malaikat, akal fikiran pula membezakan kita dengan haiwan.
2.Kita adalah BERSAUDARA


Kita tahu bahawa kita adalah bersaudara, tetapi adakah kita benar-benar memaksudkan pengetahuan kita? Lihat sahaja saudara kita di Palestin, mereka dibunuh dan diseksa. Darah mereka seolah-olah cecair kosong yang boleh ditumpah, mengikut suka. Jika di sana mereka dibunuh oleh sang kafir, bagaimana pula di sini? Di sini Zionist tidak perlu menghantar tentera elit mereka, cukup dengan tangan-tangan yang membunuh anak-anak hasil zina. Sadis bukan? Jadi, kalau kita benar-benar mengambil peduli hal mereka di Palestin, ambil berat juga hal mereka yang ada di sekeliling kita. Sungguh orang yang tidak rugi adalah orang yang berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. Jom hidup bernasihat dan bersyariat.

Di sini Zionist tidak perlu menghantar tentera elit mereka, cukup dengan tangan-tangan yang membunuh anak-anak hasil zina.
3.Kita adalah umat Rasulullah.
Kita adalah umat Rasulullah, nabi terakhir yang diutuskan kepada umat manusia. Nabi yang paling istimewa yang diutuskan kepada kita selaku umat akhir zaman. Perjuangan Rasulullah membawa Islam bukanlah satu perkara yang mudah, baginda dicaci, dimaki dan dicederakan. Akhirnya Islam itu menjadi satu cara hdiup yang diterima dari kurun ke kurun sehinggalah ke zaman kita. Kasihnya Rasulullah kepada umatnya sehingga ke akhir nafas baginda tetapi adakah kita kasih kepada Rasulullah sedemikian rupa? Satu hadiah yang tidak ternilai untuk umatnya adalah syafaat baginda itu sendiri. 


Daripada Anas Bin Malik r.a., Nabi S.A.W bersabda: " bagi setiap nabi terdapat doa (yang telah dikabulkan di dunia) untuk umatnya. Tetapi aku telah menyimpan doaku sebagai syafaat untuk umatku pada hari khiamat." Riwayat al-Bukhari dan Muslim


Jangan biarkan kesibukan harian melupakan kita daripada mengingati Rasulullah, berselawatlah, berselawatlah dan berselawatlah, semoga Rasulullah gembira andai baginda bersama kita dan agar Rasulullah berbangga dengan umatnya di akhirat sana.

4.Kita akan MATI


Sungguh kematian itu adalah satu jaminan daripada Allah. Ikhwah dan akhawat fillah, kita mungkin boleh memilih profesion kita, mengubah status dari seorang pelajar kepada seorang doktor, daripada seorang doktor menjadi seorang pakar perubatan, tetapi kita tidak dapat memilih status sementara kita sebelum ke alam akhirat- iaitu menjadi seorang MAYAT. Jika kita inginkan kehidupan yang berjaya, maka pasang juga keinginan untuk mendapatkan kematian yang berjaya. Jika kita ingin berjaya sebagai seorang doktor, maka berkeinginan jugalah untuk menjadi seorang mayat yang berjaya. Keinginan tanpa disertai amal pasti tidak menghasilkan apa-apa. oleh itu, pastikan setiap masa adalah kerana Allah agar kita tidak menjadi hamba yang sia-sia.













  Prof. Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, kehebatannya tidak perlu diperkenalkan lagi. Harum di mana-mana, seantero dunia. Baik kawan ataupun lawan, takjub dengan jihadnya. Mari sama-sama kita berkenalan dengan wanita hebat d belakang tokoh terkemuka dunia ini. Begitu juga kehebatan anugerah cinta yang lahir daripada mereka.




BIDADARI AL-QARADHAWI…satu-satunya.

                Satu-satunya isteri Syeikh ini ialah Ummu Muhammad, seorang wanita solehah yang berasal daripada Hasyimiah Husainiyah, keturunan Rasulullah SAW. Beliau adalah nikmat yang lebih besar daripada dunia dan seisinya buat Al-Qaradhawi.

Berkongsi suami dengan umat memberi ketenangan hati bukannya azab cemburu.  Berkongsi suami dengan dakwah dan perjuangan, menganugerahkan pahala sabar yang besar buatnya. Beliau merelakan suaminya pergi ke mana sahaja belahan dunia untuk Islam. Di rumah, tangannya banyak membantu aktiviti keilmuan, serta dakwah dan tarbiyah dengan mengorbankan waktu dan perhatian yang besar.

PUTERI-PUTERI KESAYANGAN AL-QARADHAWI

                Dari didikan seorang ibu yang amanah, lahirlah anak-anak yang hebat. Pasangan bahagia ini dianugerahi 7 orang anak. 4 perempuan diikuti 3 lelaki. Masyallah! Macam angka anak Rasulullah.

                Semua anak-anak ini sering menduduki nombor satu di kelas pengajian sejak tadika sehinggalah habis Ph.D. Semua puteri Al-Qaradhawi pakar dalam bidang eksak (Matematik, Fizik, Kimia). Kesemuanya merupakan alumni Universiti Qatar.

                Puteri sulungnya, Ilham, meraih ‘first class’ di Universiti Qatar. Dengan kelayakannya yang tinggi, pemerintah Qatar menaja hingga dia menggapai ijazah kedoktoran dalam bidang Fizik, pengkhususan Nuklear di Universiti London.

                Puteri keduanya, Siham, alumni Universiti Qatar, meraih ‘first class’ dalam jurusan Kimia. Kemudian menggenggam ijazah kedoktoran dari salah sebuah universiti di Inggeris dalam bidang Biologi pengkhususan Organ Tubuh. Dia juga ditaja oleh pemerintah Qatar.

                Manakal puterinya yang ketiga, A’la, mendapat ‘first class’ dari Fakulti Biologi, pengkhususan Haiwan. Memperoleh Master di Universiti Texas, Amerika dalam bidang Genetik.

                Puteri keempatnya pula, Asma’, memperoleh Master di Universiti Khalij di Bahrain. Kemudian mengambil program kedoktoran di Universiti Nottingham di Inggeris bersama-sama suaminya.

                Mereka semua telah menikah dengan lelaki-lelaki hebat yang sekufu’.

PUTERA-PUTERA KEBANGGAAN AL-QARADHAWI

                Puteranya Muhammad, alumni Fakulti Teknik Jurusan Mesin dari Universiti Qatar. Memperoleh Master dari Universiti Denver di Colorado. Mengambil program kedoktoran di Universiti Orlando, Florida, Amerika.

                Puteranya, Abdur Rahman, mengambil jurusan keagamaan di Universiti Qatar, jurusan Syariah dan Fikih. Kemudian menyambung Master ke Universiti Darul Ulum di Mesir dalam bidang Usul Fiqh. Terkenal sebagai seorang sasterawan dan penyair. Antara karya puisinya ialah Nazf al-Huruf.

                Putera bongsunya iaitu Usamah, alumni Fakulti Teknik Jurusan Elektro. Kini, dalam proses melanjutkan lagi pelajaran.

PERIBADI ANAK-ANAK AL-QARADHAWI

                Mereka bukan hanya terkenal dengan kepintaran luar biasa. Malah, dikagumi kerana berpegang teguh kepada agama dan menjunjung tinggi akhlak yang terpuji. Dalam setiap posisi yang mereka duduki, mereka sering menjadi contoh ikutan yang terbaik. Siapa jua yang pernah berinteraksi dengan mereka, akan menjadi saksi kepada kebaikan mereka. Cara bergaul mereka selalu diwarnai dengan kerendahan hati yang tidak dibuat-buat.

(Rujukan: Ishom Talimah, Manhaj Fikih Yusuf al-Qaradhawi)


Ramadhan


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberi kita nikmat Iman dan Islam, sebesar-besar nikmat yang telah menjadikan kita hamba yang mulia. Saidina Umar berkata :
Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, maka barangsiapa yang mencari kemuliaan selain daripada apa yang Allah muliakan , maka akan mendapat penghinaan daripada Allah.
Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat radiyallahu a’nhum.
Ramadhan datang lagi lagi tahun ini, masa yang berlalu bukanlah satu angka yang boleh dibangga-banggkan, bahkan angka-angka, masa-masa, saat-saat yang telah berlalu menunjukkan bahawa umur usia kita semakin pendek, yakni semakin dekat diri kita dengan kematian.
Ramadhan merupakan bulan istimewa yang telah dianugerahkan kepada umat Rasulullah S.A.W. Ramadhan merupakan bulan yang telah diwajibkan berpuasa.
Firman Allah S.W.T
“Karena itu, barangsiapa antara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah …”
Surah al-Baqarah, ayat 185
Ramadhan bulan Tarbiyyah
Umum mengetahui bahawa Ramadhan adalah bulan untuk berpuasa, dan umum juga berpendapat bahawa puasa hanyalah mengenai menahan diri daripada makan dan minum, sedangkan Ramadhan membawa nilai dan maksud yang lebih luas dan dalam. Ramadhan merupakan bulan tarbiyah yang boleh mendidik jiwa dan melatih nafsu agar tunduk kepada kehendak iman.
Ramadhan tanpa Aidul Fitri?
Di Malaysia khususnya, adakah wujud Ramadhan jika tiada hari raya? Persoalan ini timbul kerana masyarakat kita sudah menyambut raya sebelum Ramadhan bermula lagi. Berbagai-bagai promosi dan iklan-iklan yang sibuk mengatakan tentang hari raya seolah-olah Ramadhann ini hanyalah satu waktu yang ‘terpaksa’ dilalui oleh umat Islam untuk sampai ke Ramadhan. Sewajarnya, makna Ramadhan ini perlu dihayati semula, dan makna hari raya juga perlu difikirkan semula, yang mana satu matlamat kita? Adakah berjaya berjumpa dengan 1 Syawal itu matlamat kita ataupun mendapat keredaan Allah itu yang menjadi tujuan utama Ramadhan?
Ramadan dan angka-angkanya
Ramadhan terkenal dengan angka-angka kerana pada bulan ini setiap waktu, hari dan tarikh amat diambil kira. Pada bulan ini, kebanyakan umat Islam akan mula mengetahui tarikh-tarikh hijri, sedangkan pada bulan-bulan lain, kita hanya mengutamakan tarikh-tarikh masihi. Ramadhan juga terkenal dengan 3 fasa, fasa 1 iaitu 10 malam pertama, fasa 2, iaitu 10 malam kedua dan fasa 3 iaitu 10 malam terakhir. Setiap fasa-fasa ini juga terkenal dengan angka-angka mereka sendiri. Dalam fasa 1, kita dapat melihat banyaknya jumlah sof yang memenuhi masjid-masjid, namun jumlah ini berkurang dan semakin berkurang dalam fasa 2 sehinggalah ke fasa 3.
Ramadhan dan Lailatul Qadar.
Inilah bulan yang sangat istimewa kerana di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Allah S.W.T berfirman :
“Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.” Surah al-Qadr, ayat 3.
Ramadhan dan bakul-bakul sampah
Ramadhan di Malaysia khususnya terkenal dengan bazar-bazar yang dibukan setiap hari. Di sini dijual bermacam-macam rupa makanan yang beraneka rasa dan harga. Bazar-bazar ini, yang menjadi sumber rezeki para peniaga. Bazar-bazar ini juga tempat umat Islam berbelanja besar sehingga kita lupa maksud asal kita berpuasa iaitu menahan hawa nafus. Dari gerai ke gerai yang lain, habis semua makanan dibeli dan kesudahnnya hanya sedikit yang dimakan ketika iftar, sedangkan yang lain hanyalah hiasan indah di bakul-bakul sampah. Maka berbahagilah bakul-bakul sampah yang mendapat hidangan mewah daripada golongan orang-orang yang menjadi sahabat-sahabat syaitan yang rugi.
Ramadhan dan kita
Bagaimana pula halnya kita sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Adakah kita benar-benar menanggap Ramadhan sesuatu yang istimewa kepada diri kita atau Ramadhan hanyalah bulan biasa yang cuma diwajibkan didalamnya berpuasa. Imam al-Ghazali dalam kitabnya Bidayatul Hidayah ada menggariskan adab-adab puasa yang mana jika kita benar-benar menitikberatkan Ramadhan, maka sudah pastilah akan menitikberatkan juga adab-adabnya seperti menjaga mulut, perut dan kemaluan.
Sabda Rasulullah S.A.W:
Lima perkara yang membatalkan (pahala) puasa iaitu berhubung, mengumpat, membuat fitnah, melihat (perempuan yang bukan mahram), dengan syahwat dan sumpah palsu.
Hadis riwayatad-Dilmi dalam Musnad al-Firdaus
Sabda Rasulullah S.A.W lagi:
Hanyasanya puasa itu perisai, maka apabila seserang kamu berpuasa maka jangan ia bercakap-cakap yang tidak baik (seperti bercakap perkara yang lucah) dan janganlah ia membuat maksiat dan jangan bertindak seperti orang jahil. Oleh kerana itu, apabila ada orang lain cuba memusuhinya atau memakinya maka hendaklah ia berkata (di dalam hatinya, kalau dia berpuasa sunat. Di hati dan di mulut jika berpuasa wajib) “Bahawasanya aku ini berpuasa.”
Hadis riwayat Imam Bukhori
Kesimpulan
Ramadhan benar-benar satu bulan yang mempunyai keistimewaan yang sangat banyak. Para sahabat Rasulullah S.A.W sangat bergembira dengan kehadiran Ramadhan dan sangat bersedih semasa Ramadhan sampai ke penghujungnya. Maka, rebutlah segala peluang yang ada dan beramallah dengan sebanyak-banyaknya kerana pada bulan ini juga pahala amalan kita digandakan sehingga ke 700 kali ganda!!!. Ayuh para sahabat-sahabat, saudara-saudari, pak cik dan mak cik, ayuh semua kita jadikan bulan Ramadhan sebagai bulan ‘pesta’ ibadah kita agar kita terpilih untuk menjadi tetamu Lailatul Qadar dan terpilih untuk masuk ke syurga melalui pintu ‘ar-Rayyan’ iaitu pintu yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa sahaja. Wallahu a’lam.



Assalamualaikum semua !!



Hari nih admin nak cerita sikit tentang keistimewaan bulan Ramadhan ataupon orang pahang kata "bulan pose"... hehe

bak pepatah,"orang bodoh ibarat hamba,orang malas tiada gunanya" jadi,walaupun anda yang membaca sudah tahu keistimewaan bulan Ramadhan,anda adalah insan yang mantap tapi jika anda masih lagi tidak tahu, mai sini nak bagitau..

admin bukanlah ustaz nak merungkai banyak-banyak keistimewaan bulan nih,jadi cukuplah untuk pengetahuan yang mungkin serba sedikit dapat menambah pengetahuan anda.

  • ganjaran amalan sunat seperti ganjaran amalan fardhu = ini bermakna jika anda membuat amalan sunat seperti solat sunat dan seangkatannya,pahalanya adalah seperti anda menunaikan solat fardhu...best kan??

  • pahala amalan fardhu digandakan sebanyak 10 kali = sebagai contoh ganjaran solat fardhu berjemaah adalah 27 kali ganda daripada solat bersendirian.Jadi bayangkan jika anda solat sendirian anda dapat 10 pahala kononnya...tapi jika anda berjemaah pahala tuh digandakan 27 kali menjadi 270.. tapi yang bestnye di bulan Ramadhan nih,pahala diupgrade 10 kali ganda... sama dengan berapa adik-adik?? 2700 !! WAW banyaknye...(untuk satu solat fardhu tuh,belom 5 waktu lagi)

  • adanya satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan= malam ni digelarkan sebagai Lailatul Qadr.. malam nih sungguh istimewa.. bayangkan sesiapa yang berqiamullail pada malam nih.. 1000 bulan lama mane yek ?? 1 tahun 12 bulan,12 darab berapa yek hampir2 ngan 1000.....(kire-kire).. jawapannye 83 tahun... muahahaha.. hampir 100 tahun tuh.. tapi nak dapat beriadat di malam nih ade tricknye jugak.. kite kenalah rajin qiamullail.. insya-Allah pasti mendapat hasilnya...

ok lah,para pembaca semua,admin dah penat menaip.. setakat itu sahajalah penulisan admin kali nih.. semoga dapat kita bersua di masa yang akan datang... Assalamualaikum semua !!

p/s : bulan pose nih perbanyakkanlah membaca al-Quran,berzikir dan beribadat... semoga anda menjadi insan yang mantap jiwa dan akhlak.

Alhamdulillah pada 13 Julai 2012,Badab Dakwah & Ibadah SMAKT telah dapat menyempurnakan pelancaran blog BADIB serta Kempen Menutup Aurat di dataran Al-Muttaqin.

Pelancaran tersebut di rasmikan oleh tuan pengetua SMAKT Tuan Haji Mohamed Anuar b. Tuan Hj. Abdul Rahman.


Turut hadir saudara presiden BADIB 2009 yang lebih dikenali Acap dijemput hadir untuk membicarakan serba sedikit tentang blog ini.

"Ada gambar tadi,jap nak uplod..."





saudara Acap...

perasmian logo BADIB daripada pengetua SMAKT

ouw lupa nak bagi tahu anda semua yang BADIB telah mempunyai logo yang baru. Logo ini telah dipilih melalui pertandingan melukis logo BADIB yang terbuka kepada semua pelajar.Pelajar yang telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan ini adalah Aida Nabila dari kelas 4 Muslim.

Ni logonye....

majlis tersebut diakhiri dengan nyanyian nasyid daripada beberapa orang pelajar Tahfiz SMAKT... (hehehe..ketawa dalam hati). Kalau ada yang bertanya tentang majlis tersebut,bagi saya majlis tersebut menyeronokkan dan tidak membosankan .

Saya akhiri penulisan saya ini dengan kalimah mulia Asslamualaikum dan terima kasih kerana sudi membaca.

Sila lawat lagi di masa yang akan datang.





Know us

BADAN DAKWAH DAN IBADAH (BADIB) SMA AL-KHAIRIAH,TEMERLOH PAHANG

Our Team

Contact us

Nama

E-mel *

Mesej *