Assalamualaikum wa rahmatullah.
Bersempena hari keputeraan Nabi Muhammad
s.a.w. pada 12 Rabiul Awal 1437 Hijrah, BADIB AL-KHAIRIAH mengucapkan salam Maulidur
Rasul kepada seluruh umat Islam khususnya buat
semua warga AL-KHAIRIAH ini.
Tanggal 12 Rabiul Awal merupakan hari
bersejarah yang besar buat umat Islam di seluruh dunia, pada hari itulah Nabi
Muhammad SAW dilahirkan ke dunia bagi membawa rahmat buat seluruh alam. Seorang
insan dan Rasul yang digelar Al Amin kerana kejujurannya dan baginda merupakan
khotamun nabiyin yang bererti penutup para rasul.
Akhlaknya yang terpuji menjadi ikutan dan
diterima oleh semua umat manusia tanpa mengira bangsa dan agama. Hadirnya
Rasulullah bagaikan mentari yang sentiasa menyinari alam serta menebarkan kasih
buat umat manusia.
Ayuh sahabat2 semua! Kita hidupkan
hari-hari kita dengan berselawat ke atas Baginda s.a.w. tanda cinta kita
kepadanya.
“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya
berselawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu
kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya.” [Surah Al-Ahzab:56]
#SalamMaulidurRasul
#BADIB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan