Badan Dakwah dan Ibadah (BADIB)
SMA Al-Khairiah, Temerloh
Memaparkan catatan dengan label Buletin BAdib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buletin BAdib. Papar semua catatan

ASSALAMMUALAIKUM

Baru-baru ini kami telah mengadakan satu program khas pada 13 Februari sehingga 19 Februari 2017 bagi memperkenalkan organisasi baru bagi 2017 disamping ingin merapatkan lagi hubungan antara BADIB dengan kakitangan,guru-guru dan rakan-rakan di SMA Al-Khairiah. Antara aktiviti yang kami lakukan adalah explorace muslimin dan muslimat yang berlangsung pada hari Rabu dan Khamis. Selain itu, pertandingan kuiz, teka silang kata dan poster turut kami adakan bagi mencungkil bakat-bakat rakyat Al-Khairiah. Kami juga mengadakan Tanyalah Ustaz , tabung kemusykilan diedarkan di setiap kelas , beberapa soalan dipilih dan dijawab oleh guru penasihat BADIB iaitu Ustaz Bukhari di tapak perhimpunan. kami sertakan beberapa keping gambar yang sempat dirakam sepanjang program ini berlangsung.


ISNIN : Pelancaran MIPOD bersama pengetua

RABU dan KHAMIS : Tanyalah Ustaz

menyahut cabaran explorace
`
 wajah-wajah ceria selepas bermain explorace

Explorace Muslimat

Sekian laporan BADIB pada kali ini.. Salam bertemu lagi pada entri seterusnya..
#BADIBKitaKitaBADIB

BISMILLAH

Assalammualaikum. Bertemu lagi kita pada entri kali ini. Pada 10 Februari 2017 (Jumaat) dan 11 Februari 2017 (Sabtu) , kami telah mengadakan suatu program iaitu Pengenalan Usrah Tingkatan 1,2 dan 3 bagi Sesi 2017 . Dengan izin Allah, program ini berjalan dengan jayanya dan mendapat sambutan ramai terutama bagi pelajar tingkatan 1,2 dan 3 . Di sini kami sertakan beberapa keping gambar sepanjang program ini berlangsung : -


 usrah tingkatan 1 dan 2


barisan naqib tingkatan 4 2017


   usrah muslimin tingkatan 3 berlangsung di Dewan Al-Muttaqin

barisan naqibah tingkatan 3 dan 4 2017

adik-adik dari tingkatan 1 membuat pembetangan

 usrah muslimat  dijalankan di Surau Sekolah



Usrah sebagai medan penyampaian dakwah demi ummah Al-Khairiah. 
BADIBKitaKitaBADIB.

Sekian dari kami. 


Bismillah

Assalammualaikum w.b.t. Alhamdulilah pada 9 Feruari 2017 , lujnah Usrah telah mengadakan satu program yang dinamakan Ijtima' Nuqaba bertujuan memberi pendedahan awal kepada para Nuqaba'. Pengarah Ijtima' Nuqaba pada kali ini ialah Saudara Muhammad Aiman b. Mohd Azimi dan dibantu oleh Saudari Balqis Najihah Bt. Mohd Fadzil. Pelbagai perkongsian yang dikongsikan oleh Alumnai (PERMAI) .  Di bawah ini, kami sertakan beberapa keping gambar yang dapat dirakam sepanjang
program ini..


*penyampaian hadiah kepada Alumni yang hadir





Sekian dari kami.






PRESIDEN
AHMAD SYAFIQ MUHAIMIN BIN AHMAD MARZUKI

TIMBALAN PRESIDEN 1
MUHAMMAD HAFIZ BIN MAHADI

TIMBALAN PRESIDEN 2
NUR AINAA HAYYU BT SAIDON

SETIAUSAHA 
AHMAD IQBAL BIN AZMAN

TIMBALAN SETIAUSAHA
QURRATULAINI BT KAMAROLAHSSAN

BENDAHARI
NURFADHLIN SOFIYA BT SALLEH

TIMBALAN BENDAHARI
NURUL HANA JANNAH BT AZIMI


EXCO TARBIAH
MUHAMMAD KHAIRUL ADHA BIN ABDUL HALIM

TIMBALAN EXCO TARBIAH
PUTERI NUR DURRATUL AIN BT MOHD NOR

EXCO USRAH
MUHAMMMAD AIMAN BIN MOHD AZIMI

TIMBALAN EXCO USRAH
BALQIS NAJIHAH BT MOHD FADZIL

EXCO EKONOMI
MOHAMAD HAIQAL BIN AMIN NUDDIN

TIMBALAN EXCO EKONOMI
SITI MUSLIHAH HUSNA BT MOHAMAD

EXCO PENERBITAN DAN PUBLISITI
MUHAMMAD AMIRUL AIMAN BIN ABD RAZAK

TIMBALAN EXCO PENERBITAN DAN PUBLISITI
NUR ASYIFAH BT AMIR






بسم الله الرحمن الرحيم

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T.
Semoga semuanya berada dalam keadan sihat dan sejahtera. Alhamdulillah, pada 21 Januari 2017 bersamaan 23 Rabiulakhir 1438h, Badan Dakwah dan Ibadah (BADIB) dengan kerjasama  alumni dari PERMAI telah mengadakan  Program Latihan Pemimpin Islam ringkasnya (PELAPIS) . Program ini bertujuan untuk melatih para pimpinan BADIB  untuk menggerakkan dan menyebarkan dakwah terutama  di  bumi Al-Khairiah ini. Program ini melibatkan semua AJK,Exco dan Majlis tertinggi (MT) yang berjumlah 54 orang.




Jutaan terima kasih diucapkan kepada yang hadir khususnya alumni dari PERMAI . Semoga ilmu yang disampaikan dapat diamalkan oleh semua disamping melancarkan lagi gerak kerja BADIB pada tahun 2017 ini. Ameen~

#BADIBKitaKitaBADIB

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar SMAN yang menduduki peperiksaan SMA pada tahun 2016 yang mendapat keputusan yang cemerlang !

Add caption

Bismillah.

Assalamualaikum Wa Rahmatullah

Alhamdulillah thumma alhamdulillah, bertemu kita untuk laporan pada kali ini. Laporan kali ini berkisar mengenai Program yang kami telah rancang dan telah dilaksana pada bulan Ramadhan iaitu pada 27 Jun. Program yang dinamakan Misi Kembara Dakwah. Berkonsepkan dakwah dan amal. BADIB mengambil insiatif untuk turun padang ke dua tapak Bazar Ramadhan utama di Temerloh iaitu di Bazar Ramadhan Temerloh dan Bazar Ramadhan Taman Temerloh Jaya. BADIB telah mengedarkan satu risalah mengenai kelebihan 10 malam terakhir di bulan Ramadhan. Selain itu, kami turut mengedarkan kurma kepada pengunjung dan peniaga bazar. Program ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama pihak Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama Pahang (PERMAI). bersama laporan ini kami sertakan dengan gambar-gambar sepanjang program tersebut. 

Bazar Ramadhan Taman Temerloh Jaya





Di Bazar Temerloh






Sekian sahaja laporan untuk kali ini. Seeru 'Ala Barakatillah.

Ramadhan Kareem !













Assalamualaikum Wa Rahmatullah



Alhamdulillah thumma alhamdulillah, bertemu kita untuk laporan pada kali ini. Laporan kali ini berkisar mengenai Program yang kami telah rancang dan telah dilaksana pada bulan Ramadhan iaitu pada 19 Jun. Program yang dinamakan Misi Kembara Dakwah. Berkonsepkan dakwah dan amal. BADIB mengambil insiatif untuk turun padang ke dua tapak Bazar Ramadhan utama di Temerloh iaitu di Bazar Ramadhan Temerloh dan Bazar Ramadhan Taman Temerloh Jaya. BADIB telah mengedarkan satu risalah mengenai amalan-amalan dalam bulan puasa. Selain itu, kami turut mengedarkan kurma kepada pengunjung dan peniaga bazar. Program ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama pihak Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama Pahang (PERMAI). bersama laporan ini kami sertakan dengan gambar-gambar sepanjang program tersebut. 

Bazar Ramadhan Temerloh




Bazar Ramadhan Taman Temerloh Jaya




Sekian sahaja laporan untuk Fasa pertama, nantikan laporan Misi Kembara Dakwah bagi Fasa kedua!

Seeru 'Ala Barakatillah. Waallahu a'lam

Assalamualaikum Wa Rahmatullah

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Pada 15-17 April 2016 yang lalu, satu program telah diadakan. Program yang diberi nama sebagai Kem Remaja Islam Al-Khairiah atau singkatannya KRIK 16. Program ini melibatkan kesemua pelajar tingkatan satu di sekolah ini. Pada tahun ini, seramai 198 peserta tingkatan satu yang hadir. Kem ini dilaksanakan dengan kerjasama BADIB bersama Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama Pahang (PERMAI). Tujuan kem ini diadakan adalah untuk membentuk dan mendidik pelajar tingkatan satu dari awal lagi mengenai aspek Aqidah, Ibadah dan Akhlak. Diharapakan dengan adanya program yang berbentuk Qiadah dan 'Amali ini dapat melahirkan seorang modal insan muslim yang berkualiti di bumi Al-Khairiah.





Fasilitator Muslimat


Penghulu KRIK16


Night Walk

Kuliah Subuh "Tanggungjawab Pelajar Muslim" disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Shukor Bin Sahi



Riadah





Interaksi



LDK





Kuliah Maghrib disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Bokhari



Pengarah menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Bokhari


Malam warna warni


Para hakim


Majlis penutup dihadiri oleh Tuan Pengetua



Ucapan pengarah program Saudara Muhammad Hafiz bin Mahadi

Ucapan Pengetua

Penyampaian hadiah



Para petugas KRIK 16

KRIK 16. Alhamdulillah.


Sekian sahaja laporan untuk kali ini. Seeru 'Ala Barakatillah. Waallahu 'Alam. 

#BADIBKitaKitaBADIB
#KRIK16 











Know us

BADAN DAKWAH DAN IBADAH (BADIB) SMA AL-KHAIRIAH,TEMERLOH PAHANG

Our Team

Contact us

Nama

E-mel *

Mesej *