Badan Dakwah dan Ibadah (BADIB)
SMA Al-Khairiah, Temerloh

Pelancaran Kempen Sempurnakan Solat & Menutup Aurat

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah,masih dapat saya meng'hapdet' blog ini.Baru-baru ini,pihak Badan Dakwah dan Ibadah telah melancarkan dan menganjurkan satu kempen yg diberi nama Kempen Sempurnakan Solat & Menutup Aurat.Tempoh kempen ini,Insya-Allah sepanjang tahun ataupun lebih sedap didengari selama-lamanya. Kempen ini di bawah Biro Tarbiyah.Kempen ini juga telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua pada hari Isnin minggu ini bersamaan 1 July 2013. Majlis telah dipengerusikan oleh wakil BADIB,Saudara Noor Ashraf dari Biro Tarbiyah.Kami diberi kesempatan untuk menyampaikan tazkirah pada setiap hari Selasa,Rabu dan Khamis.Terima kasih kepada pihak pentadbir kerana mengizinkan kami berbuat demikian.

 Tujuan kempen ini diadakan adalah bertujuan untuk memupuk dalam diri setiap warga SMA Al-Khairiah agar sentiasa menjalankan amar ma'ruf dan nahi munkar.Selain itu, kempen ini bertujuan untuk memberi pendedahan yg holistik mengenai solat dan aurat kepada semua yg terlibat.

Pada hari pelancaran kempen ini,Ustaz Shukor telah dijemput untuk memberikan tazkirah. Beliau telah memberi sebuah tazkirah yg sangat menarik.Isu yg diketengahkan adalah isu mengenai solat! Solat berjemaah sudah pasti.Pelbagai kelebihan solat berjemaah telah diterangkan.Oleh itu,kepada kaum Adam terutamanya,pergilah solat berjemaah,kerana solat berjemaah tidak akan pernah mendatangkan kerugian kepada anda.

Kemudian,GPK 1,Ustaz Samsuri telah berucap dan mengatakan bahawa kempen ini sangat bagus,dan Alhamdulillah,kami menerimanya sebagai satu dorongan. Beliau telah berkata bahawa kempen ini sepatutnya diberi nama Kempen Sempurnakan Solat , Menutup,Melonggar dan Melabuh Aurat kerana pemakaian pada waktu kini tidak lagi mengikut syariat akan tetapi mengikut peredaran zaman dan style! Ucapan beliau sangat bermakna ,memberi dan meninggalkan  kesan,Insya-Allah

Pada hari Selasa bersamaan 2 Julai 2013,Saudara Amirul Hafiz telah memberi tazkirah.Tazkirah yg cukup padat dan ringkas.


Pada hari ini pula,wakil dari Muslimaat telah memberi sedikit tazkirah. Kandungan tazkirah pada hari ini adalah :

1) Sentiasa bersangka baik. Bersangka baiklah dengan diri sendiri yakni yakin kita juga mampu melakukan sesuatu perkara yg orang lain mampu melakukannya.Bersangka baik dgn Allah. Allah tidak pernah berlaku kejam terhadap hamba-Nya.Bersangka baik kpd ibu bapa dan guru-guru kerana mustahil bg mereka untuk melihat kegagalan anda.Yang terakhir,opcoz la bersangka baik dgn makhluk-makhluk yg bergelar manusia ini.

2) INGAT! Jaga-jaga dengan MATA,Hati-hati dengan HATI!

:: Tazkirah telah disampaikan oleh Saudari Laila Farhana dan Saudari Rahimah.


Alhamdulillah,tazkirah telah diterima oleh pelajar-pelajar dengan cukup baik.Mereka memberikan sambutan dan sokongan yg cukup hebat.Setakat ini,tazkirah telah berjalan dengan lancar.Doakan kami agar terus maju dan kuat dalam mengorak langkah.

Sampai disini sahaja,sekian Assalamualaikum~





2 ulasan:

  1. Alhmdulillah bestnyerr. Warr. Dh lame kiteorg nk plan tzkirah tu. Tp asyik tk pass je last year. Hehe. Congrate tau korang2 y comel ini. Mslimat pun dh naik stage skrg. Subarashii !! Keep it up. Go badib go!! Hwaitingg!
    salam sayang bersulam rindu nak mati drpd kami senior badib 2012. :)

    BalasPadam
  2. Alhmdulillah bestnyerr. Warr. Dh lame kiteorg nk plan tzkirah tu. Tp asyik tk pass je last year. Hehe. Congrate tau korang2 y comel ini. Mslimat pun dh naik stage skrg. Subarashii !! Keep it up. Go badib go!! Hwaitingg!
    salam sayang bersulam rindu nak mati drpd kami senior badib 2012. :)

    BalasPadam

Know us

BADAN DAKWAH DAN IBADAH (BADIB) SMA AL-KHAIRIAH,TEMERLOH PAHANG

Our Team

Contact us

Nama

E-mel *

Mesej *