Badan Dakwah dan Ibadah (BADIB)
SMA Al-Khairiah, Temerloh

Kita Hamba

Disunting daripada:

mikroskophati.blogspot.com The newsletter of Tamhidi Medicine and Dentistry 2010/2011


Assalamualaikum
Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Junjungan tercinta Nabi Muhammad S.A.W.

Segala puji bagi Allah di atas segala yang kita perolehi hari ini, sekalung TAHNIAH juga kepada semua sahabat-sahabat yang berjaya dengan cita masing-masing untuk bergelar seorang doktor. Pasti sibuk bukan? Masa yang terhad dengan kerja dan tugasan yang banyak. As-Syahid Imam Hassan al-Banna pernah berkata ‘al-wajibat aksaru minal auqot’ yang bermaksud kerja dan kewajipan itu lebih banyak daripada masa-masa yang kita ada. Kesibukan ini juga mungkin membuat kita tersasar sedikit daripada beberapa perkara yang perlu kita ambil cakna:-

1.Kita adalah ABDULLAH
Firman Allah :

“ Dan tidaklah aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembahku” Az-Zariyat : 56
Semua pasti maklum mengenai ayat ini. Ya, kita adalah hamba, dan inilah status manusia sejak dari Nabi Adam sehingga manusia terakhir yang bisa hidup. Namun, kita bukanlah hamba biasa, kita adalah MANUSIA, dibekalkan dengan nafsu dan fikiran. Nafsu membezakan kita dengan malaikat, fikiran pula membezakan kita dengan haiwan. Anugerah ini meletakkan kita satu amanah besar menjadi khalifah di muka Bumi ini. Maka bertuahlah bagi mereka yang memilih untuk menyucikan hati mereka kerana dengan ini mereka sentiasa merasai jiwa seorang hamba.

Nafsu membezakan kita dengan malaikat, akal fikiran pula membezakan kita dengan haiwan.
2.Kita adalah BERSAUDARA


Kita tahu bahawa kita adalah bersaudara, tetapi adakah kita benar-benar memaksudkan pengetahuan kita? Lihat sahaja saudara kita di Palestin, mereka dibunuh dan diseksa. Darah mereka seolah-olah cecair kosong yang boleh ditumpah, mengikut suka. Jika di sana mereka dibunuh oleh sang kafir, bagaimana pula di sini? Di sini Zionist tidak perlu menghantar tentera elit mereka, cukup dengan tangan-tangan yang membunuh anak-anak hasil zina. Sadis bukan? Jadi, kalau kita benar-benar mengambil peduli hal mereka di Palestin, ambil berat juga hal mereka yang ada di sekeliling kita. Sungguh orang yang tidak rugi adalah orang yang berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. Jom hidup bernasihat dan bersyariat.

Di sini Zionist tidak perlu menghantar tentera elit mereka, cukup dengan tangan-tangan yang membunuh anak-anak hasil zina.
3.Kita adalah umat Rasulullah.
Kita adalah umat Rasulullah, nabi terakhir yang diutuskan kepada umat manusia. Nabi yang paling istimewa yang diutuskan kepada kita selaku umat akhir zaman. Perjuangan Rasulullah membawa Islam bukanlah satu perkara yang mudah, baginda dicaci, dimaki dan dicederakan. Akhirnya Islam itu menjadi satu cara hdiup yang diterima dari kurun ke kurun sehinggalah ke zaman kita. Kasihnya Rasulullah kepada umatnya sehingga ke akhir nafas baginda tetapi adakah kita kasih kepada Rasulullah sedemikian rupa? Satu hadiah yang tidak ternilai untuk umatnya adalah syafaat baginda itu sendiri. 


Daripada Anas Bin Malik r.a., Nabi S.A.W bersabda: " bagi setiap nabi terdapat doa (yang telah dikabulkan di dunia) untuk umatnya. Tetapi aku telah menyimpan doaku sebagai syafaat untuk umatku pada hari khiamat." Riwayat al-Bukhari dan Muslim


Jangan biarkan kesibukan harian melupakan kita daripada mengingati Rasulullah, berselawatlah, berselawatlah dan berselawatlah, semoga Rasulullah gembira andai baginda bersama kita dan agar Rasulullah berbangga dengan umatnya di akhirat sana.

4.Kita akan MATI


Sungguh kematian itu adalah satu jaminan daripada Allah. Ikhwah dan akhawat fillah, kita mungkin boleh memilih profesion kita, mengubah status dari seorang pelajar kepada seorang doktor, daripada seorang doktor menjadi seorang pakar perubatan, tetapi kita tidak dapat memilih status sementara kita sebelum ke alam akhirat- iaitu menjadi seorang MAYAT. Jika kita inginkan kehidupan yang berjaya, maka pasang juga keinginan untuk mendapatkan kematian yang berjaya. Jika kita ingin berjaya sebagai seorang doktor, maka berkeinginan jugalah untuk menjadi seorang mayat yang berjaya. Keinginan tanpa disertai amal pasti tidak menghasilkan apa-apa. oleh itu, pastikan setiap masa adalah kerana Allah agar kita tidak menjadi hamba yang sia-sia.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Know us

BADAN DAKWAH DAN IBADAH (BADIB) SMA AL-KHAIRIAH,TEMERLOH PAHANG

Our Team

Contact us

Nama

E-mel *

Mesej *