Badan Dakwah dan Ibadah (BADIB)
SMA Al-Khairiah, Temerloh

Bismillah

Asslamualaikum wa rahmatullah

Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Pada 10 Mac 2016 yang lalu, lujnah Usrah telah mengadakan satu program untuk para Nuqaba'. Program yang dinamakan Ijtima' Nuqaba ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para Nuqaba' dalam membawa satu usrah itu. Pelbagai perkongsian dan buah fikiran dapat diperoleh. Pengisian diberikan oleh Persatuan Alumni Sekolah Menengah Agama Pahang (PERMAI). Bersama laporan ini beberapa keping gambar kami sediakan.








Sekian sahaja laporan untuk Program kali ini. Siiru 'Ala Barakatillah.

BADIB Kita, Kita BADIB


Assalamualaikum Wa Rahmatullah

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Pada 5  Mac 2016 yang lalu bersamaan hari Sabtu yang lalu, Lujnah Tamrin Badan Dakwah Dan Ibadah (BADIB) telah menyusun satu program yang mana berbentuk Qiadah dan Sahsiah iaitu Kuliah Bedah Buku: "Apa Erti Aku Menganut Islam?". Buku karya tulisan Ulama Haraki iaitu Fathi Yakan. Kuliah ini melibatkan semua AJK, Exco dan Ahli Majlis Tertinggi (MT).  Kuliah ini telah disampaikan oleh Alumni BADIB sendiri iaitu Saudari Mukminah Aqilah binti Roslan. Bersama laporan ini, beberapa keping gambar yang sempat dirakam kami sertakan.








Semoga dengan adanya program seperti ini, dapat melahirkan penggerak-penggerak gerabak ini yang lebih berkualiti dan jelas pembawakannya.

Siiru 'Ala Barakatillah


BADIB Kita, Kita BADIB







بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum~


PRESIDEN

IZZUL RAFIQI BIN ABDUL RASHID

TIMBALAN PRESIDEN 1

MUHAMMAD FAISAL BIN EMRAN

TIMBALAN PRESIDEN 2

KHAULAH BINTI RAMIZU

SETIAUSAHA 1

MOHAMAD NOR AZLAN BIN MUS

SETIAUSAHA 2

RUQAYYAH BINTI OSMAN

BENDAHARI 1

MOHAMAD NOR AZLAN BIN MUS

BENDAHARI 2

AININ SOFIYA BINTI AZLAINI

BIRO TARBIAH & MUSOLLA

EXCO

MUHAMMAD HAFIZ BIN MAHADI

TIMB. EXCO

FATIN MURSYIDAH BINTI ANWAR

BIRO USRAH

EXCO

AHMAD SYAFIQ MUHAIMIN BIN AHMAD MARZUKI

TIMB. EXCO 

QURRATULAINI BINTI KAMAROLAHSSAN

BIRO EKONOMI

EXCO

MUHAMMAD IZUDDIN BIN RAZALI

TIMB. EXCO

SYAFIEQAH BINTI SUHAIMI

BIRO PENERBITAN & PUBLISITI

EXCO

WAN AMIRUL SYAHID BIN WAN MAZLAN

TIMB. EXCO

NUR ASYIFAH BINTI AMIR

BIRO KHAS

EXCO

MUHAMMAD ZULHILMI BIN MOHD NOR

TIMB. EXCO

NURFADHLIN SOFIYA BINTI SALLEH


TAHNIAH DAN TAKZIAH DIUCAPKAN !


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
WAHAI  ORANG-ORANG YANG BERIMAN! JANGANLAH KAMU MENGKHIANATI (AMANAH) ALLAH DAN RASULNYA, DAN JANGANLAH KAMU MENGKHIANATI AMANAH-AMANAH KAMU, SEDANG KAMU MENGETAHUI SALAHNYA. (SURAH AL-ANFAL:27)

SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA ISTIQAMAH DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM MEMIKUL AMANAH YANG TELAH DIBERIKAN…


WALLAHUA’LAM






Bismillah,

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, Badan Dakwah Dan Ibadah (BADIB), Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah dengan kerjasama pihak Alumni (PERMAI) dan pihak Sekolah telah mengadakan Program Latihan Pemimpin Islam atau ringkasnya (PELAPIS). Program ini diadakan selama tiga hari iaitu bermula pada 25, 27 dan 29 Januari di Bilik Media 1. Objektif program ini adalah untuk melatih para pimpinan BADIB dalam menghadapi tahun ini. Modul yang merangkupi segala aspek seperti aspek kerohanian, akhlak, gerak kerja profesional dan komunikasi. Program pada kali ini melibatkan semua AJK, Exco dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang berjumlah 68 orang kesemuanya. Di bawah ini kami sediakan sedikit gambar yang sempat dirakam sepanjang program dijalankan.

ISNIN (25 JANUARI 2016)


Sesi Pendaftaran
Muslimat
SLOT : Pengenalan Badan Dakwah
Taklimat program untuk hari seterusnya
Ditutupi dengan bacaan Doa Rabitah




RABU (27 JANUARI 2016)


LDK (SWOT) mengikut Biro

Pembentangan Setiap Biro





JUMAAT (29 JANUARI 2016)


Taujihad Alumni

Penyampaian hadiah kepada Alumni

Bacaan Doa Wehdah

Sesi fotografi sebelum perpisahan





Alhamdulillah, Semoga dengan adanya program ini. dapat melancarkan lagi gerak kerja BADIB pada tahun ini. Semoga kebersamaan kita sepanjang program ini menguatkan lagi tali ikatan saudara muslim itu, kerana orang yang beriman iru bersaudara. Wehdatul Fikr, Wehdatul 'Amal. Bersama kita melangkah.


#BADIBKitaKitaBADIB
#AlumniKhairiah

































                                                     







Assalamualaikum Wa Rahmatullah.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah

Dengan ini Saf Kepimpinan Badan Dakwah Dan Ibadah (BADIB) Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah mengucapkan selamat tahun baru.

Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Sentiasa perbaiki diri, kerana seorang mukmin itu sifatnya sentiasa memperbaiki kelemahan dan menjadi lebih baik. Jangan berputus asa. kerana putus asa itu bukanlah sifat seorang muslim.

Terus Istiqamah melakukan amal kebaikan. Terus Melangkah !

#BADIBKitaKitaBADIB
#Istiqamah

Know us

BADAN DAKWAH DAN IBADAH (BADIB) SMA AL-KHAIRIAH,TEMERLOH PAHANG

Our Team

Contact us

Nama

E-mel *

Mesej *