Badan Dakwah dan Ibadah (BADIB)
SMA Al-Khairiah, Temerloh


Journey



When the hearts grow weary,
of the travel it has endured,
sometimes one's soul will question,
Is it really worth it?

Time passes by,
with space changed and transformed,
into something we never foreseen,
something we never expected,
something we never intended,
something we would rather leave unsurfaced.

Bu that,
and this,
and those,
Are what makes this journey fruitful,
Shaking your Earth to make it firm,
Altering your views so you could Understand,
Opening your mind so you could Comprehend,

What this Journey is,
How you can traverse it,
and Why you must Choose it.

A new Subuh has Arrived,
and the Call echoes in the frigid air,
How would you rise?
As a person still making his steps in this Journey?
Or would you turn back?


posted by Hazwan (mantan Timb Presiden 2009) via badibkhairiah@gmail.com




Hawa,

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.


Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu , ingatlah hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disususli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.


Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tdak menilai wanita melalui keayuannya, kemajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.


Oleh itu hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu , kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongna jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu , cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.


Hawa…..


Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.


posted by zinnirah08 (mantan Timb Exco Usrah 2009) via badibkhairiah@gmail.com


Gambar terakhir kami......

Duduk:

Asyraf,Wan,Tahmid

Berdiri:

Afiq,Ikram,Muiz, Aliff Imran  dan Syakirin


Mantan Barisan Kepimpinan Badan Dakwah Dan Khairiah 2009.

Semoga ntum semua berjaya di perjalanan dan kehidupan pasca sekolah.

Berkhidmatlah untuk agama umpama kalian bisa lakukannya di Tanah Waqafan

al-Khairiah...

kepada yang tiada dalam gambar (muslimat)..kalian adalah sebaik-baik hiasan dan semoga hiasan itu akan sentiasa menghiasi hari-hari di dunia dan yang kemudiannya(akhirat).

Syukran kasiran kepada kedua-dua Ustazah yang banyak mengajar kami..jazakallah khairan kasira !!





BIRO TAMRIN DAN KEGIATAN LUAR

 BADAN DAKWAH DAN IBADAH 2009

 

PENGENALAN

            Setiap insan diciptakan oleh Allah S.W.T sebagai seorang hamba dan seorang khalifah.Manusia diberi tanggungjawab untuk mentadbir bumi Allah dan menjadi pemimpin.Bagi melahirkan pemimpin yang berkaliber,tamrin dan tarbiyyah yang berkesan dan berterusan perlu dibentuk sejak di zaman remaja lagi terutamanya alam persekolahan.Sejarah Islam membuktikan remaja yang dididik dengan nilai-nilai Islam menjadi pemimpin yang agung di masa hadapan.

            Organisasi Badan Dakwah dan Ibadah Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh telah mewujudkan sebuah biro bagi tujuan murni ini.Biro tersebut dikenali sebagai Biro Tamrin dan Kegiatan Luar.Fokus biro ini ialah melatih barisan Exco dan AJK Badib menjadi lebih professional ketika menjalankan tugas-tugas dakwah di sekolah dan luar.

 

SASARAN

Barisan pimpinan BADIB 2009 (Majlis Tertinggi,Exco dan AJK)

 

LAPORAN TAHUNAN

Rujuk Lampiran 1

 

PERANCANGAN

Rujuk Lampiran 2

 

 

 

 

Lampiran 1

LAPORAN TAHUNAN BIRO TAMRIN 2009

BIL

TARIKH,

TEMPAT

AKTIVITI

FOKUS

EX-OFFICIO

1

15 JAN 2009

BILIK MEDIA

MESYUARAT

Membincangkan organisasi dan tentatif untuk PELAPIS

-

2

23-24 JAN

SMA AL-KHAIRIAH

PELAPIS

Melatih setiap exco dan AJK BADIB menjadi seorang daie yang berinovasi dan sebagai model peribadi muslim

MANTAN KHAIRIAH DAN U.ALI B. DASIR

3

13 FEB 2009 MUSOLLA

KULIAH

AD-DINI 1

Pengisian mengenai ‘Amal’ sebagai seorang daie

U. SITI KHADIJAH BT.BAKRI

4

27 MAC 2009

MUSOLLA

KULIAH

AD-DINI 2

Pengisian mengenai ‘Manhaj Tarbiyah’ yang harus dipraktikkan dalam kehidupan seharian

U. SITI KHADIJAH BT.BAKRI

5

6 MEI 2009

BILIK MEDIA

TAYANGAN

Pengisian mengenai ‘Peristiwa yang menunjukkan Hari Qiamat Sudah Hampir’ dan ‘Ta’rif Cinta’ oleh Tuan Guru Hj. Nik Abd Aziz

-

6

23 JULAI 2009

PERPUSTAKAAN

KULIAH

AD-DINI 3

Motivasi buat penerus perjuangan Rasulullah dan ulama’ silam

U. NUR HANISAH BT AFANDI

7

30 JULAI 2009

KELAS 4 IBNU SINA

KULIAH

AD-DINI 4

Pengisian mengenai ‘Perjuangan dan kejayaan exco & AJK BADIB yang berada di IPTA/IPTS atau lain-lain’

U. NUR HANISAH BT AFANDI

8

6 OGOS 2009

KELAS 4 IBNU SINA

 

PLAN

Perancangan 5 tahun akan datang yang perlu difikirkan oleh Think Thanker

U. NUR HANISAH BT AFANDI

9

17 SEPTEMBER 2009

BILIK BADIB

KULIAH AD-DINI KHAS

Latihan kemahiran mengenai penggunaan Microsoft Publisher untuk pembuatan majalah.

-

 

 

 

 

 

Lampiran 2

PLAN PROGRAM SETERUSNYA

 

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

SASARAN

1

TEAM BINA INSAN

Muhasabah diri sebagai hamba yang dhoif

Semua Exco & AJK BADIB, warga al-Khairiah

2

HARI KELUARGA BADIB

Mengeratkan silaturahim antara guru penasihat, exco dan AJK BADIB

Semua Exco & AJK BADIB

3

QIYAMULLAIL

Mempraktikkan amalan sunnah

Semua Exco & AJK BADIB, warga al-Khairiah

4

IFTAR RAMADHAN

Menghayati bulan Ramadhan

Semua Exco & AJK BADIB

5

RISALAH TAMRIN

Tazkirah dan cambahan ilmu

Semua Exco & AJK BADIB

6

FASTING IS SUNNAH

Mempraktikkan amalan sunnah

Semua Exco & AJK BADIB, warga al-Khairiah

7

JAMUAN WIDA’

Mahabbah

Semua Exco & AJK BADIB

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

HARAPAN

            Biro Tamrin dan Kegiatan Luar tahun ini berharap para pemimpin BADIB sudah bersedia untuk meneruskan usaha-usaha dakwah di peringkat yang lebih tinggi dan berterusan megamalkan amalan-amalan sunnah dalam kehidupan seharian.

            Akhir sekali,diharapkan Biro Tamrin dan Kegiatan Luar pada tahun hadapan dapat meningkatkan prestasi kerja yang lebih cemerlang demi masa depan Islam yang gemilang.Segala kebaikan datang daripada Allah S.W.T dan segala kelemahan datang daripada Allah S.W.T tetapi disandarkan kepada diri kami sendiri.Sekian,terima kasih.

 

MAJU BERSAMA ISLAM

 

Yang menjalankan amanah,

 

………………………………………..

(AHMAD SYAKIRIN BIN MUHAMMAD ADIB)

Exco Biro Tamrin dan Kegiatan Luar

Badan Dakwah dan Ibadah

SMA Al-Khairiah Temerloh

 

 

 

………………………………………..

(KHAIRUN NISYA BT HJ SHAHARUM)

Timbalan Exco Biro Tamrin dan Kegiatan Luar

Badan Dakwah dan Ibadah

SMA Al-Khairiah Temerloh

 


Alhamdulillah..


The All-New Declaration And Annoucement of the highest commitees had been done.

al-Akh Tahminuddin is the new feature as the first Chairman of Badan Dakwah.Well, before him, the head of this entity had been called as the President.The tittle itself had been changed in order to mederate the job and the task given so as the name of "president " is not more than a perceptional burden to most students.

Al-AKh Usamah will be on the chair of Vice-Chairman 1 while al-Ukht Sakinah will occupy the vacancy of Vice-Chairman 2.Next, al-Akh Aliff Imran as the Secretery and al-Ukht Nadia Aisyah as the Honourary Treasurer.







Know us

BADAN DAKWAH DAN IBADAH (BADIB) SMA AL-KHAIRIAH,TEMERLOH PAHANG

Our Team

Contact us

Nama

E-mel *

Mesej *