Badan Dakwah dan Ibadah (BADIB)
SMA Al-Khairiah, Temerloh

ASSALAMMUALAIKUM

Baru-baru ini kami telah mengadakan satu program khas pada 13 Februari sehingga 19 Februari 2017 bagi memperkenalkan organisasi baru bagi 2017 disamping ingin merapatkan lagi hubungan antara BADIB dengan kakitangan,guru-guru dan rakan-rakan di SMA Al-Khairiah. Antara aktiviti yang kami lakukan adalah explorace muslimin dan muslimat yang berlangsung pada hari Rabu dan Khamis. Selain itu, pertandingan kuiz, teka silang kata dan poster turut kami adakan bagi mencungkil bakat-bakat rakyat Al-Khairiah. Kami juga mengadakan Tanyalah Ustaz , tabung kemusykilan diedarkan di setiap kelas , beberapa soalan dipilih dan dijawab oleh guru penasihat BADIB iaitu Ustaz Bukhari di tapak perhimpunan. kami sertakan beberapa keping gambar yang sempat dirakam sepanjang program ini berlangsung.


ISNIN : Pelancaran MIPOD bersama pengetua

RABU dan KHAMIS : Tanyalah Ustaz

menyahut cabaran explorace
`
 wajah-wajah ceria selepas bermain explorace

Explorace Muslimat

Sekian laporan BADIB pada kali ini.. Salam bertemu lagi pada entri seterusnya..
#BADIBKitaKitaBADIB

BISMILLAH

Assalammualaikum. Bertemu lagi kita pada entri kali ini. Pada 10 Februari 2017 (Jumaat) dan 11 Februari 2017 (Sabtu) , kami telah mengadakan suatu program iaitu Pengenalan Usrah Tingkatan 1,2 dan 3 bagi Sesi 2017 . Dengan izin Allah, program ini berjalan dengan jayanya dan mendapat sambutan ramai terutama bagi pelajar tingkatan 1,2 dan 3 . Di sini kami sertakan beberapa keping gambar sepanjang program ini berlangsung : -


 usrah tingkatan 1 dan 2


barisan naqib tingkatan 4 2017


   usrah muslimin tingkatan 3 berlangsung di Dewan Al-Muttaqin

barisan naqibah tingkatan 3 dan 4 2017

adik-adik dari tingkatan 1 membuat pembetangan

 usrah muslimat  dijalankan di Surau Sekolah



Usrah sebagai medan penyampaian dakwah demi ummah Al-Khairiah. 
BADIBKitaKitaBADIB.

Sekian dari kami. 


Bismillah

Assalammualaikum w.b.t. Alhamdulilah pada 9 Feruari 2017 , lujnah Usrah telah mengadakan satu program yang dinamakan Ijtima' Nuqaba bertujuan memberi pendedahan awal kepada para Nuqaba'. Pengarah Ijtima' Nuqaba pada kali ini ialah Saudara Muhammad Aiman b. Mohd Azimi dan dibantu oleh Saudari Balqis Najihah Bt. Mohd Fadzil. Pelbagai perkongsian yang dikongsikan oleh Alumnai (PERMAI) .  Di bawah ini, kami sertakan beberapa keping gambar yang dapat dirakam sepanjang
program ini..


*penyampaian hadiah kepada Alumni yang hadir





Sekian dari kami.

Know us

BADAN DAKWAH DAN IBADAH (BADIB) SMA AL-KHAIRIAH,TEMERLOH PAHANG

Our Team

Contact us

Nama

E-mel *

Mesej *