Badan Dakwah dan Ibadah (BADIB)
SMA Al-Khairiah, Temerloh



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t
Pada 25-27 Mac 2016, sekolah kami telah menghantar seramai 9 orang perwakilan daripada ahli-ahli Badan Dakwah Dan Ibadah (BADIB) ke Konvensyen Pelajar Islam Pahang (KONPIP) yang berlangsung di SM Agama Al-Ulum Ad-Diniah, Dong, Raub. Program ini mengumpulkan sebanyak 18 badan dakwah sekolah-sekolah menengah agama di Pahang.
Tujuan program ni diadakan antaranya adalah untuk membantu Badan Dakwah memantapkan perjalanan program di sekolah sepanjang tahun serta memberi panduan dengan lebih jelas tentang cara-cara untuk membuat kertas kerja, surat-menyurat, dsb.



wakil BADIB bersama alumnai





Wallahualam...



Bismillah

Asslamualaikum wa rahmatullah

Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Pada 10 Mac 2016 yang lalu, lujnah Usrah telah mengadakan satu program untuk para Nuqaba'. Program yang dinamakan Ijtima' Nuqaba ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para Nuqaba' dalam membawa satu usrah itu. Pelbagai perkongsian dan buah fikiran dapat diperoleh. Pengisian diberikan oleh Persatuan Alumni Sekolah Menengah Agama Pahang (PERMAI). Bersama laporan ini beberapa keping gambar kami sediakan.








Sekian sahaja laporan untuk Program kali ini. Siiru 'Ala Barakatillah.

BADIB Kita, Kita BADIB


Assalamualaikum Wa Rahmatullah

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Pada 5  Mac 2016 yang lalu bersamaan hari Sabtu yang lalu, Lujnah Tamrin Badan Dakwah Dan Ibadah (BADIB) telah menyusun satu program yang mana berbentuk Qiadah dan Sahsiah iaitu Kuliah Bedah Buku: "Apa Erti Aku Menganut Islam?". Buku karya tulisan Ulama Haraki iaitu Fathi Yakan. Kuliah ini melibatkan semua AJK, Exco dan Ahli Majlis Tertinggi (MT).  Kuliah ini telah disampaikan oleh Alumni BADIB sendiri iaitu Saudari Mukminah Aqilah binti Roslan. Bersama laporan ini, beberapa keping gambar yang sempat dirakam kami sertakan.








Semoga dengan adanya program seperti ini, dapat melahirkan penggerak-penggerak gerabak ini yang lebih berkualiti dan jelas pembawakannya.

Siiru 'Ala Barakatillah


BADIB Kita, Kita BADIB






Know us

BADAN DAKWAH DAN IBADAH (BADIB) SMA AL-KHAIRIAH,TEMERLOH PAHANG

Our Team

Contact us

Nama

E-mel *

Mesej *