Badan Dakwah dan Ibadah (BADIB)
SMA Al-Khairiah, Temerloh

Assalamualaikum.


Bersempena dengan sambutan Aidilfitri pada tahun ini. MT, Exco dan AJK  Badan Dakwah Dan Ibadah (BADIB) mengucapkan selamat hari raya. Semoga amalan kita semua di bulan Ramadhan di terima Allah S.W.T. 



كل عام وانتم بخير



تقبل الله منا ومنكم



-PnP BADIB 15-

Assalamualaikum!

Pada hari Rabu yang lepas bersamaan dengan 1 Julai 2015, BADIB telah mengadakan Iftar Jamaie peringkat sekolah. Seramai 100 orang pelajar menyertai iftar pada kali ini. Pengarah program ini ialah Muhammad Amirul Arif bin Zul. Majlis dimulakan dengan bacaan surah yasin dan tahlil ringkas. Selepas azan maghrib kedengaran, para pelajar dihidangkan dengan tiga biji kurma dan sebotol air. Selepas itu, mereka solat maghrib berjemaah.


Selepas solat maghrib, mereka menjamu selera dengan hidangan nasi kukus ayam goreng berempah di kantin sekolah. Seusai makan, mereka bergerak ke dataran perhimpunan untuk menunaikan solat isya dan tarawih.


Sekian sahaja laporan Iftar Jamaie pada kali ini. 


Semoga usaha kecil ini, diberkati-Nya. Insya-Allah.




Know us

BADAN DAKWAH DAN IBADAH (BADIB) SMA AL-KHAIRIAH,TEMERLOH PAHANG

Our Team

Contact us

Nama

E-mel *

Mesej *