Badan Dakwah dan Ibadah (BADIB)
SMA Al-Khairiah, Temerloh


:: Assalamualaikum wahai sahabat handai~

Syukur Alhamdulilah,bertemu lagi kita di entri yg seterusnya.Telah dimaklumkan kpd semua bahawa MIPOD telah dijalankan pada minggu lalu. Disini,kami dengan sukacita lagi 'suka hati' ingin berkongsi sedikit pengalaman yang sungguh menyeronokkan sepanjang MIPOD.Sudah sedia maklum pada entri yg lepas, iaitu Perasmian MIPOD 2013 dan Pelancaran Bilik BADIB, dan antara aktiviti yg telah dijalankan adalah Explorace Muslimin dan Muslimat. Aktiviti ini telah diadakan secara berasingan dan sudah tentu pada hari yg berbeza.Tanpa ber'cakap' lebih panjang lagi lebar,yukk kita lihat gambar-gambar sepanjang Explorace diadakan!

Go!Syabab~


Terukir di 'Bintang' tak mungkin hilang cinta ku pada mu,hehe


Jarum gergasi

BoJal = Boling + Jalan





Dah tengok gambar muslimin ni ber'explorace'?nak tengok tak gambar muslimat yg tak kurang hebat tu?jom,scroll lagi~



Siti Hanna Si Penjaga Masa Yg Bijaksana

Balloon Ukhwah



Peserta BoJal terbaek kami


Bintang ini lah jawapannya!

Di dewan terbuka,stage yg terakhir
Kenangan Terindah~


Sekian untuk perkongsian kami pada entri kali ini,

Jika ada jarum yg patah jangan simpan di dalam peti,
Jika ada silap dan salah jangan 'kutuk' dalam hati

:D *Smile

Assalamualaikum!



p/s: *Nantikan entri terbaru kami,Insya Allah berkisar tentang "KemAS"

:: Assalamualaikum..

Alhamdulillah,setelah lama menyepi dapat lagi pihak kami meng'update' blog kami yang mulai bersawang mungkin.Untuk pengetahuan ramai baru-baru ini Badan Dakwah dan Ibadah SMA Al-Khairiah 2013 dengan jayanya telah mengadakan Perasmian MIPOD 2013 & Pelancaran Bilik Badib pada 4 Mac 2013 bersamaan hari Isnin.Mungkin ramai yg  tertanya tanya,apa itu MIPOD? MIPOD adalah Minggu Pengenalan Organisasi Dakwah. Bagi visi Badib 2013, kami telah mengekalkan visi kami seperti tahun lepas yakni ' Islam Transformasi Al-Khairiah'.

MIPOD berlangsung selama 2 minggu bermula dari 4 Mac sehingga 15 Mac 2013. Antara aktiviti yg akan dijalankan sepanjang MIPOD,jualan di Bilik Badib,Kuiz,Tazkirah & Tanyalah Ustaz,Explorace, Pertandingan Poster dan Teka Silangkata serta Malam Tayangan. Dibawah ini merupakan tentatif program seperti yg telah ditetapkan

Isnin (4 Mac 2013)

-Ucapan alu-aluan guru penasihat
-Perasmian MIPOD dan Bilik BADIB
- Pengenalan MT

Selasa ( 5 MAc 2013 )

- Tazkirah dan menjawab soalan kotak 'Tanyalah Ustaz"

Rabu (6 Mac 2013)
- Pengumuman Pertandingan Poster,Kuiz dan Teka Silangkata

Khamis ( 7 Mac 2013)

-Tazkirah dan menjawab pertanyaan soalan "Tanyalah Ustaz"

Jumaat ( 8 Mac 2013)

-Malam Tayangan dan Jualan

Isnin ( 11 Mac 2013 )

- Tazkirah dan "Tanyalah Ustaz"

Selasa ( 12 Mac 2013 )

- Explorace Muslimat

Rabu ( 13 Mac 2013 )

- Explorace Muslimin

Khamis ( 14 Mac 2013 )

- Tazkirah dan "Tanyalah Ustaz"

Jumaat ( 15 Mac 2013 )

-Majlis Penutup
-Penyampaian Hadiah


Seterusnya,pelancaran Bilik Badib adalah bertujuan untuk memberitahu 'kewujudan' bilik tersebut kepada warga Al-Khairiah.Ternyata bilik tersebut tidak diketahui umum.

Disini pihak kami ingin berkongsi serba sedikit gambar yg sempat ditangkap oleh lensa kamera kami. Sekian,mohon maaf atas segala kekurangan ^_^




Ustaz Badrul Hisyam menyampaikan sedikit ucapan alu-aluan dan antara guru penasihat BADIB


Pelajar-pelajar SMA Al-Khairiah

Know us

BADAN DAKWAH DAN IBADAH (BADIB) SMA AL-KHAIRIAH,TEMERLOH PAHANG

Our Team

Contact us

Nama

E-mel *

Mesej *