Badan Dakwah dan Ibadah (BADIB)
SMA Al-Khairiah, Temerloh

Masisupa Jubli Perak yang berlangsung baru-baru ini dianjurkan di Kuliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar menyaksikan SMA Al-Khairiah terus unggul di hadapan berbanding sekolah-sekolah yang lain. Khairiah yang turut mewakili zon 3 telah memenangi sebahagian besar acara ilmiah yang dipertandingkan.

Masisupa yang dirasmikan penutupnya oleh YM Tengku Mahkota Pahang melabuhkan tirainya setelah melakarkan kenangan yang manis dan pahit kepada semua peserta.

Malam kemuncak pula menyaksikan 5 buah zon menghantarkan wakil untuk pertandingan nasyid. Sebanyak 2 penyertaan yang dihantar oleh setiap zon yang akhirnya mengumpulkan 10 buah kumpulan yang terdiri daripada 5 buah kumpulan lelaki dan 5 buah kumpulan perempuan.

Insyirah yang mewakili Khairiah telah memenangi vokal terbaik bagi kategori perempuan, juara keseluruhan bagi kategori perempuan. Manakala bagi kategori lelaki yang menggelarkan diri mereka sebagai Insoff pula memenangi persembahan terbaik selain hanya berpuas hati untuk tempat ketiga secara keseluruhan. Meskipun keputusan pada malam itu menimbulkan pertikaian daripada pelbagai pihak, namun Khairiah terpaksa akur dengan keputusan tersebut.

Persembahan pada malam tersebut diadili oleh beberapa orang juri yang diundang khas daripada tenaga-tenaga bijaksana. Namun secara keseluruhannya, persembahan pada malam tersebut telah berjaya memukau para hadirin yang memenuhi dewan tersebut.

Badan Dakwah dan Ibadah (BADIB) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan kontinjen Khairiah pada MASISUPA kali ini. Bagi mereka yang kurang bernasib baik, BADIB berharap agar usaha terus dilakukan kerana kejayaan tersebut bukanlah satu warisan.

Keputusan penuh adalah seperti berikut :

KATEGORI ILMIAH

  • Bahas Bahasa Melayu : Johan
  • Bahas Bahasa Inggeris : Johan
  • Bahas Bahasa Arab : Johan
  • Tafsir LM : Johan
  • Tafsir PM : Johan
  • Hadis LM : Johan
  • Hadis PM : Johan
  • Khutbah : Johan
  • Syarahan BA LM : Naib Johan
  • Syarahan Ba LM : Naib Johan
  • Hafazan LM : Naib Johan
  • Hafazan PM : ke-4
  • Hafazan LR : Johan
  • Hafazan PR : Johan

KATEGORI SUKAN

  • Bola Sepak : Johan
  • Bola Tampar : Naib Johan

Semoga Allah merahmati kita semua. Wallahu a'lam.


Jikalau kamu memohon ikatan kehidupan mu bersama ALLAH تعالى , manakah ikatan dari kehidupan Baginda صلى الله عليه وسلم dalam dirimu...?

Matamu ini, hidupkannya dengan kehidupan mata Baginda. Janganlah engkau lihat kepada perkara yang haram.

Telingamu hidupkannya dengan kehidupan telinga Baginda. Janganlah mendengar dengannya perkara yang haram.

Jangan engkau tuturkan dengan lidahmu melainkan ianya menyebabkan engkau bertemu dengan RasuluLlah.

Jikalau Nabi itu hidup pada hatimu, nescaya engkau tidak bisa memutuskan silaturrahim yang Baginda laranginya.

Jikalau Nabi itu hidup pada hatimu, nescaya engkau tidak sanggup makan sesuap benda haram walaupun ianya seluruh dunia ini.

Jikalau Nabi itu hidup pada hatimu, nescaya engkau tidak mengutamakan sesuatu yang binasa berbanding yang kekal.

Nescaya engkau tidak mencemarkan hatimu yang hidup dengan RasuluLlah dengan caci hamun ataupun sikap benci membenci walaupun terhadap orang yang mencacimu atau menyakitimu.

Jikalau Nabi itu hidup pada hatimu, masa itu tidak akan berlalu melainkan engkau akan memohon rahsia kehidupan dengan mengingati ALLAH جل جلاله...

Pohonlah perkara sebegini dan hidupkanlah dengannya rumahtanggamu bersama sunnah RasuluLlah.

Hidupkan masjid-masjidmu dengan membaca kalamuLlah. Hidupkan jalan-jalanmu dengan adab-adab RasuluLlah. Hidupkan pasar-pasarmu dengan adab serta hukum-hakam RasululuLlah...

Hidupkan pengertian sebegini, nescaya engkau hidup dengan kehidupan yang tidak akan musnah dan berakhir selama-lamanya.

Sehingga ALLAH menghimpunkanmu bersama kehidupan sebenarnya dalam alam barzakhmu.

Kemudiannya pada hari kiamat bersama al-Habibi المصطفى. Kemudiannya di Syurga Firdausi yang tertinggi. Semoga ALLAH menjadikan kita dari mereka yang hidup sebegini.

Ya ALLAH!
Hidupkan kami dengan kehidupan kekasihMu.
Ya ALLAH!
Hidupkan hati kami dengan kehidupan hati kekasihMU.
Ya ALLAH!
Hidupkan ruh-ruh kami dengan kehidupan ruh kekasihMU.
Ya ALLAH!
Hidupkan keperibadian kami dengan hidupnya keperibadian kekasihMU.
Ya ALLAH!
Hidupkan akal-akal kami dengan kehidupan akal kekasihMU.
Ya ALLAH!
Hidupkan jasad kami dengan adab, sunnah dan hukum-hakam kekasihMU.
Ya ALLAH!
Hidupkan seluruh diri kami dengan kehidupan seluruh diri kekasihMU.

Sehinggalah kami melalui dengan kehidupan nya atas kehidupan kalamMU. Maka kami hidup dengan kalam dan kitabMU. Kemudiannya kami hidup dengan semua itu beserta ikatan kami denganMU. Wahai Yang Maha Hidup lagi Menghidupkan, Penggerak langit dan bumi.


Ya ALLAH!
Bantulah kami untuk mengingati, mensyukuri, serta beribadah kepadaMU dengan sebaiknya.

Ya ALLAH!
Lihatkanlah bagi kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan jadikan kami pengikutnya serta lihatkanlah bagi kami kebatilan sebagai kebatilan.

Ya ALLAH!
Ampunilah kami dengan taubat nasuha. Bersihkan kami dengannya pada tubuh badan, hati dan ruh kami.

Ya ALLAH!
Ampunilah kami pada apa yang telah lalu. Peliharalah kami untuk apa yang masih ada ini.

Ya ALLAH!
Peliharalah kami dan layanilah kami.

Ya ALLAH!
Letakkan kami pada jalan mereka yang dicintai. Hidupkan kami dengan kehidupan mereka itu. Matikan kami dengan kematian mereka. Himpunkan kami pada hari kiamat bersama ketua orang-orang dikasihi.

Ya ALLAH!
Hidupkan kami dengan mencintainya.
Ya ALLAH!
Hidupkan kecintannya dalam hati kami.

Ya ALLAH!
Hidupkan cahayanya dalam batin kami. Hidupkan hidayahnya pada zahir kami. Hidupkan perjalannya dalam rumah tangga dan kehidupan kami.

Ya ALLAH!
Janganlah Engkau tanggalkan dari hati kami cahaya ikatan dengan Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم...

Know us

BADAN DAKWAH DAN IBADAH (BADIB) SMA AL-KHAIRIAH,TEMERLOH PAHANG

Our Team

Contact us

Nama

E-mel *

Mesej *